Posts

Showing posts from April, 2021

Erti Hidup Bertuhan (siri 2)

Image
  Sebenarnya apa yang berlaku sehingga tanpa sedar pengaruh tersebut telah masuk ke dalam JIWA-JIWA orang mukmin ini? Bagaimana kita nak semak adakah kita telah melakukan perkara ini yangboleh menjerumuskan kita dalam pengaruh tersebut. 4 perkara ini perlu dielak agar akidah kita sebagai AHLI SUNNAH wal JAMAAH sentiasa tetap utuh. 1. SYIRIK @ KHURAFAT Apa itu? Sudut bahasanya kufur. Dari segi istilahnya menduakan Allah dengan yang lainnya (sekutu). Kita anggap Allah itu alam dan alam itu Allah. Lama-kelamaan kita buang Allah ke tepi dan minta terus pada alam (syirik taqrib). Ada juga meletakkan keyakinan sebab kita makanlah, kita kenyang. Bukan sebab Allah yang bagi kenyang (syirik asbab). Syirin ni banyak jenis. Boleh semak lanjut di sini: https://muftiwp.gov.my/.../3064-al-afkar-40-jenis-jenis... 2. Maksiat Dari segi bahasa maksudnya derhaka. Dari segi istilahnya buat sesuatu yang Allah larang, tinggalkan apa yang Allah perintahkan (perbuatan dosa). Ia memberi kesan kepada aki...

Erti Hidup Bertuhan (siri 1)

Image
  Subhanallah, tidak dapat dinafikan bahawa sejarah merupakan peristiwa yang terbukti jelas dinyatakan dalam catitan sejarah seperti manuskrip, batu bersurat, journal-journal dan dokumentari. Syukur, time sekolah dulu saya sangat suka sejarah hanya kerana cikgunya sangat baik dengan saya (asbab cikgu baik saya belajar sesuatu daripadanya. Niat tetap kerana Allah kan) Oo ya, saya revise sikit ilmu sejarah sebelum saya sentuh tajuk yang saya nak ceritakan ni. Masih boleh bersabar kan.. Menurut guru saya, Ustaz Norhissam Mustapa : Sumber perbahanan ini boleh dikategorikan kepada Jenis I iaitu penulisan sejarah tanpa nama penulis, tidak bertarikh dan kebiasaanya disalin oleh pihak ketiga. Berbeza dengan Jenis II yang jelas tercatat biografi penulis dan bibliografi penulisannya. Satu yang tidak pernah saya terfikir akan belajar bila menyertai Diploma Profesional Perubatan Melayu adalah, saya berpeluang untuk revise mengenai Tamadun Melayu dan perkaitannya dengan Tasawwur Islam, Kupasann...

Guru Kehidupan

Image
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Ramadhan kareem buat semua umat Islam seluruh dunia. Seronokkan Ramadhan kali ini. Bak kata PM dalam ucapannya semalam, kita menghadapi 2 jihad iaitu Jihad melawan hawa nafsu dan Jihad menghadapi wabak Covid-19 ketika ini. Semoga Allah beri kekuatan mujahadah buat kita semua. Lama rasanya tak mencoret rasa hati. Terasa ingin meluah rasa penghargaan buat guru-guru yang hadir dalam diri ini. Jazakillah khair buat Mama dan Arwah Papa, Jasa kalian mendidik diri ini sejak kecil memang tak akan terbalas. Walaupun anakmu ini 'nakal' sehingga buat arwah papa kena bayar yuran 3 sekolah dalam masa seminggu waktu Form 1 di Kelantan dulu. 'Ketegak' sanggup tidur dalam kereta setiap pagi mama pergi hantar kat Sekolah Agama Bandar, JB darjah 1 dulu. 'Tak kira kalau nak mesti nak jugak' sampai bawa diri dengan kereta mama ke Melaka even mama tak setuju sebab nak bantu hantar seorang peserta yang cedera masa program cuti semesta di Neg...

Healing Process

Image
Assalamu'alaikum, semoga hari yang indah buat kita semua. Terdetik untuk berkongsi bagaimana cara Healing Process berlaku pada setiap diri bergelar manusia. Ilmu ni Allah izinkan setelah menyertai kelas online Ibu Rose di Strong Ladies Mastery Class. Ilmu ini amat Mahal dan atas keizinan guru Ibu, saya rasa perlu dikongsi dengan semua. Adakah kita tahu ada 4 peringkat Healing. Eh, healing tu apa? Healing tu bahasa mudahnya sembuh dari apa-apa emosi seperti kesedihan, kekecewaan, kematian, dll yang telahpun kita lalui sebelum ni (mesti past, tak mungkin la yang future punya kan). Kalau dalam Model Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHSi), semua memori tu telah tertanam pada tulang iaitu pada DNA manusia. Jadi, sekiranya emosi bercas negatif itu tidak dipindahkan maka akan terbentuklah tindakbalas fizik, kimia dan biologi pada organ dalam badan kita sehingga terzahirnya sifat-sifat emosi seperti sedih, kecewa, marah dsbg. Okey, yang ni saya akan explain details later 4 faktor punca penyakit...