Posts

Showing posts with the label Munakahat

10 Soalan Sebelum Bertunang

Image
Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ' dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin '. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa. Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin. Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertem...

Erti Sebuah Perkahwinan

MENDIRIKAN RUMAH-TANGGA SAHAJA MUNGKIN SENANG TETAPI MEMASTIKAN IA KUKUH BERDIRI SEHINGGA AKHIR ZAMAN DAN MEMENUHI FUNGSINYA, MEMERLUKAN PENGORBANAN, PENYELENGGARAAN DAN PERENCANAAN YANG BAIK.KEKUKUHAN RUMAH TANGGA BUKAN SAJA BERDASARKAN BERAPA BANYAK ROS YANG DIBERI, ATAU ' CANDLE LIGHT DINNER' ATAU UNGKAPAN KATA-KATA,' AKU CINTA PADAMU' YANG DILUAHKAN, TETAPI APA YANG LEBIH PENTING IALAH KOMITMEN YANG TINGGI DARI KEDUA PIHAK SUAMI DAN ISTERI TERUTAMANYA UNTUK MEMASTIKAN KEWUJUDAN UNIT KELUARGA BIMBINGAN MEREKA MENINGGALKAN KESAN POSITIF KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA. Namun saya tidak menafikan bahawa dalam membina keeratan dan kehangatan hubungan suami isteri, perkara yang disebutkan diatas itu juga amat penting.Saya ingin membawa anda kepada kefahaman yang lebih tinggi mengenai jodoh perkahwinan. Pernahkah anda terfikir, mengapalah jatuh hati dengan si dia dan mengapa anda berakhir sebagai suami isteri?. Atau mungkin ada di antara anda yang bercinta deng...

Satu Pertemuan

Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.....“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini.. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya yang zikirnya menjadi penawar dirinya tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati.... Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi haf...