Posts

Showing posts with the label luahan rasa hati

Selangkah menghampiri kematian

Image
  Bismillahirahmanirrahim, tiada kata yang lebih indah daripada uncapan syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan umur untuk terus menghirup udaranya...usaha mencari langkah dan tingkah agar setiap gerak-geri sentiasa dapat memberi manfaat buat ummah ini...agar umur yang masih tersisa ini sentiasa diberkati dan diredhaNya. Ameen. Setiap hari Allah datangkan pelbagai perkara untuk aku selalu mensyukuri nikmat yang Allah berikan  Alhamdulillah, hari ni Allah izinkan untuk aku masuk ke fasa 40-an. Dari sudut pandang yang lain rupanya aku dah lalui 2/3 fasa hidup (jika dikira fasa hidup Rasulullah ). Lain benar rasanya kali ini bila menerima wish daripada keluarga dan kenalan. Seumpanya fasa 'menua' itu semakin dirasai. Betullah orang kata, bila hari lahir ni selangkah kita mendekati kematian. Ianya menjadi peringatan buat aku agar sentiasa bersedia membuat persediaan untuk ke sana nanti.  Bersediakah aku? Fikir dan usahakan ke arah itu.. Sejak ...

Perpisahan yg sementara 1

15 April 201.. Allah celamatkan ummu, Allah celamatkan ummu, Allah celamatkan ummu iman, Allah celamatkan ummu. Canah aiwah umi!!! Bahagia sungguh anak kecil itu menyanyikan lagu sanah Helwah buat 'umi'nya. Pelatnya semakin pekat. Sempat dia memberi ucapan. Umi, aiyah nk jadi budak comel lagi solehah..heihik.umi jadi umi  yg baik....umi soleh...isteri soleh... Wabillahit taufiq wal hiadayah.Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuuuh! Scene 2. Khairiah menyanyi lagi. Kali ni lagu ni ditujukn pada 'umi'nya dengan tujuan utk memujuk 'umi'nya setelah kelihatan 'berasap kepala' dengan keletahnya yg agak nakal.Ummu iman mendengar lagu yg ditujukan padanya dengan wajah yg masam mencuka. betullaj kata org bila jg anak ni perlukan kesabaran yg tinggi. Kalau tidak bukan saje berasap kepala, tebakar pun boleh jadi. Hehe..mari saksikan bgmn cara si khairiah memujuk 'umi'nya.. Bismillah.. umi wangi bau bunge orkid.umi wangi macam angg...

Apa Cerr...ehik

salam'alaik ukhti fillah, asif jiddan pada semua kerana sudah lama jari ni utk mencalit tinta dlm blog ni tapi kekeringan idea. mungkin juga kerana kesibukan dengan persiapan ana utk menghabiskan detik2 terakhir sebagai pelajar vet di UPM ni (insyaAllah...amin)..teringat kata seorg akhwat, aminkan aja kata2 akhwat iAllah itu doa buat kita. Oklah,sikit tentang perkembangan ana sekarang. Alhamdulillah, tadi baru je lepas exam comprehensive (MCQ).Inilah exam penentu bg kami budak vet sebelum layak grade. sedikit la introduction ttg exam pelajar vet ni, mungkin berbeza sedikit dgn pelajar medic..ana xpasti,wallahu'alam..comprehensive exam ni terbahagi kepada bahagian. ana baru lepas esei n MCQ. sekarang tgh prepare utk 3 bahagian oral (pre-clinical, para-clinical n clinical).semuanya cover lecture dari ana 1st year lagi. Examiner kali ni katanya dr Taiwan n Netherland..Macam biasa ana dengar org2 berkata, itulah lumrah nak jd doktor. kena susah2 sikit. pasni keje senang..moga k...

Jangan bertanya kenapa semua ini..

Image
salam'alaik akhwatfillah, Alhamdulillah,syukur tak terhingga atas nikmat Allah yang tak terhingga. walau badai ujian datang menghempas dan memukul diri ini tapi kesannya amat mendalam.kesakitan,ketenangan,kasih sayang dari dakapan cintaNya sukar diungkap dengan kata-kata. apa yang Dia datangkan pada diri ini bukan sia2.kenapa perlu bertanya "kenapa semua ini berlaku ya Allah?,kenapa dan kenapa semua ini?". wahai diriku tak perlu dipersoalkan akan semua yg Dia berikan. Datangnya semua ini bukan sia2.Tolong sayang,datangnya ia bukan sia2.Walau apa pun anggapan manusia pada apa yg berlaku tolong sayangku husnuzhan pada mereka.sungguh mereka tidak menetahui. Rasulullah s.a.w juga banyak halangannya ketika menyampaikan kebenaran tapi bagaimana tindakan baginda ketika itu. Sayangku, baginda masih mampu tersenyum dan terus mendoakan supaya umatnya dapat memahami dan menerima penyampaian baginda.'Sungguh,telah ada pada iri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu...

Final Year Project

salam'alaik sahibah sekalian.lama rasanya ana tak menaip tinta dlm blog ni.asif,bukan tak berkesempatan.cuma krn tak punya mood n idea.tp itu bukan alasan kn... perkembangan terkini sedang berusaha membuat final year projek. Alhamdulillah,almost 6 years spend time in this faculty ana akhirnya sampai juga ke pengakhiran. Takut sebenarnya nak kata dah final year.apa2 pun blh jadikan?bak kata seorg lecturer ana.."it is normal for medical student to spend more than it is to finish the study. you can spend 10 years if u still can't catch up and finish your study"..Nauzhubillah,ana pinta doa dr semua supaya ana dapat grad dgn keputusan yg terbaik buat ana tahun depan. doakan ana ya.bukan nak kata tak sanggup lagi berada di bumi hijau ini tp banyak lagi perancangan hidup yg perlu diteruskan kn? Ingin ana kongsikan bersama akhwatfillah FYP ana. project ana berkaitan dgn bird sexing guna PCR. secara roughnya ana mencari DNA dr cell pipi burung utk tentukan jantina burung tu...

Bulan Ramadhan=Bulan Tarbiyah

Image
salam'alaik..      Ya Allah,saat ini kami sedang merasakan kemanisan cinta yg kau berikan pada kami.Ujian dan kepahitan bersulamkan cintaMu..ana baru sahaja dapat berita adik habibati ana sedang nazak.kecederaan dalaman yg teruk setelah sebulan bergelumang dgn makhluk Allah yg kita kena percaya,jin..namanya Hanbal.ana sempat mengenali 'dia'.sakit apa yg dirasa adik ana ini Allah sahaja yg tau.setiap kali mata terlelap,'dia' akan mengganggu dan mencederakan adik ana ni.memang sukar dipercaya,tp percayalah ukht..apa yg ana harapkan ketika ini,adik ana kuat semangatnya.Ana bangga dgn dia.ana bangga mempunyai seorg adik yg sanggup memenuhi kepentingan org lain even dirinya merana kesakitan.terguling2 sakit perut stlh akhwat menyuapkan dia mknan pedas.pantang minta tlg,pasti boleh aje..     sepanjang ana mengenal dia,byk perkara2 yg Allah hadirkan sbg tarbiyah bt diri ini.Mungkin apa yg ana alami sukar dipercayai dan diterima dek otak..setelah mgenali a...

Pemergianmu

Image
Jam menunjukkan pukul 9.00a.m.Aku baru sahaja selesai menghadiri kelas Pak Sheikh. Subjek Pathology menjadi kegemaranku walaupun aku antara student yang asyik fail je. Setelah menaiki bas, aku turun di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. ‘Eee, tak sabarnya nak blajar bahasa Arab. Arini tak salah ustaz nak ajar pasal fiil’, luahku ceria sambil melangkah menuju ke bangunan C. Teringat kembali pada awal masuk ke kelas bahasa arab, aku sahaja student yang tak ada basic arab. Ustaz pulak cair je bila bercakap.Aku terngaga je tanda tak paham. Tapi atas sebab semangat untuk menguasai bahasa al-Quran ni aku abaikan segalanya. Lepas kelas pasti aku orangnya yang akan tahan ustaz supaya jangan pulang lagi. Aku akan tanya apa sahaja yang aku tak paham. Sejak dari itu aku menjadi tumpuan pertama ustaz bertanyakan jika ada apa-apa perkara yang studentnya tak paham. Sebaik tiba di hadapan kelas terdengar suara lecturer sedang mengajar English. ‘Nape ada kelas lain pulak dalam kelas bahasa a...

Kasihku pada makhluk ciptaan-Nya

Image
alhamdulillah..sedar tak sedar ana dah nak masuk 5 hari ana kena jaga small animal ward.sedar tak sedar juga ramadhan semakin meninggalkan kita..sedih rasanya tak dapat betul2 merasai barakah ramadhan.minggu ni agak kelam kabut sket.duty ana setiap ari di ward..start masuk seawal 7a.m.kul 8-5pm kelas seperti biasa.7pm sambg duty di ward.biasanya dalam kul 10pm baru habis.   keje di ward ni ada seronok dan sedihnya.ana ada 4 kes kena handle, 3 kucing,1 anjing.sumenya dgn penyakit yg tersendiri.ana ditempatkan di bahagian isolation.mostly patient2 ana ni critical and highly suspect with infectious disease.sebagai amanah,aa jlnkan keje2 di ward dgn penuh kasih sayang.pagi2 bercakap dgn dorg.sume dgn perangai tersendiri.ada yg garang,susah nak makan ubat.hadiah dia dr ana masa awal pertemuan kami,ana dapat cakaran manja dr dia.nama dia Mary.garang tapi comel..actually dia ada masalah nerve,agak xnampak.itu yg perangai 'pelik' semacam.ramai yg panggil Mary kucing 'gila'...

Hatiku MilikMu

"Ya Allah, kenapa terasa bagai diri ini seperti layang-layang. Tiada arah tujuan. Tiada rasa bertuhan.Kering sungguh hati ini. Di mana perginya peringatan2 yg disampai.Di mana perginya hati yg dulu mudah menangis mengingatiMu Tuhan.."    Fenomena yg biasa @ pernah kita dengarkan apabila datang saatnya iman berada di bawah. Manusia tidak akan lari dr turun naiknya iman. Baru sebentar tadi mendapar message dr seorg akhwat yg mengadu kepenatan dengan kerja-kerja seharian.Teringat pula pada diri ini adakah ana juga begitu?Kadang-kadang pengaduan kita pada manusia itu lagi lebih dari pengaduan kita pada Allah. Adakah kita mengadu pada Dia saat2 menghadapi ujian yg org lain tak dapat membantu???    Fikir2kanlah bersama..ana xmenyalahkan akhwat utk bercerita tentang kepenatannya. Memang lumrah manusia akan mencari seseorg utk berkongsi cerita. Moga pengaduan dan pengharapan kita pada Allah yg utama. Hati ini memperingatkan diri kerana telinga ini lebih dekat bicaranya dar...

Aku bakal bergelar seorang Dr vet

Image
Alhamdulillah,syukur tak terhingga atas segala limpahan nikmat Allah S.W.T kerana dgn-Nya ana kini bakal bergelar seorang Dr. vet kurang setahun lagi,InsyaAllah.bukan gelaran itu yg ana banggakan tapi kisah disebalik perjalanan hidup mencari ilmu Allah ni sangat mencabar diri. Ringkas apa yg boleh ana katakan di sini, even sesuatu itu pahit ditelan tp rupanya Allah nak memberi sesuatu yg manis dipenghujungnya..:)