Selangkah menghampiri kematian

 


Bismillahirahmanirrahim, tiada kata yang lebih indah daripada uncapan syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan umur untuk terus menghirup udaranya...usaha mencari langkah dan tingkah agar setiap gerak-geri sentiasa dapat memberi manfaat buat ummah ini...agar umur yang masih tersisa ini sentiasa diberkati dan diredhaNya. Ameen.

Setiap hari Allah datangkan pelbagai perkara untuk aku selalu mensyukuri nikmat yang Allah berikan  Alhamdulillah, hari ni Allah izinkan untuk aku masuk ke fasa 40-an. Dari sudut pandang yang lain rupanya aku dah lalui 2/3 fasa hidup (jika dikira fasa hidup Rasulullah ).


Lain benar rasanya kali ini bila menerima wish daripada keluarga dan kenalan. Seumpanya fasa 'menua' itu semakin dirasai. Betullah orang kata, bila hari lahir ni selangkah kita mendekati kematian. Ianya menjadi peringatan buat aku agar sentiasa bersedia membuat persediaan untuk ke sana nanti. 

Bersediakah aku? Fikir dan usahakan ke arah itu..


Sejak akhir-akhir ini aku banyak menonton, menganalisa, mengutip mutiara dari setiap podcast yang aku tonton dan dengar. Semalam aku berkesempatan dengar perkongsian seorang artist ni dalam Podcast Zayan mengenai penhijrahan beliau setelah kematian ibunya. Artis ni bercerita bagaimana kesabarannya diuji apabila perlu menguruskan ibu yang terlantar sakit selama 10 tahun kerana waktu itu beliau masih muda dan tengah 'up' dalam industri. Beliau terpaksa berhenti kerja, uruskan ibunya sambil dalam diri memberontak dan bertanya kepada Allah "Kenapa aku kena lalui semua ini?" Jawapannya terjawab satu per satu setelah ibu beliau 'pergi'. 


Namun apa yang positif aku boleh kutip daripada perkongsian beliau bagaiaman saat mudanya walaupun kena menjaga ibu yang lumpuh, beliau tak pernah sekali pun keluar perkataan 'ahh' lagikan membebel dihadapan ibu beliau. Apa sahaja ketidakpuasan dan ujian kesabaran akan beliau simpan dan tanya pada Dia. Saat mandikan ibu, beliau akan kutip daging-daging yang berguguran dibelakang badan ibu dan letakkan semula pada tempatnya. Beliau jaga sebaiknya sebab beliau kata ibunya sangat lemah lembut dan tak pernah tinggi suara pada anak-anak. Jadi aku nampak, sebagai manusia yang normal fitrahnya pasti kita akan ada emosi marah, tak puas hati, penat namun iman, akhlak dan pembawakan watak dalam diri seseorang itu yang akan menentukan bagaimana kelakukan yang akan terzahir saat mereka diuji. Hikmah pula akan kita temui dalam pelbagai bentuk dan cara setelah berjaya melalui ujian tersebut. Malah hikmah yang datang itu jauh daripada apa yang kita jangkakan. So, artis ni bercerita sampai saat ini rezeki beliau tidak putus-putus, dapat suami yang sangat menjaga dirinya walaupun masih belum dikurniakan zuriat. Semoga artis ini dikurniakan rezeki anak andai itu baik buat dirinya. Ameen.



Hari ni aku jaga berkesempatan mendengar Podcast Yaqeen Institute yang dihoskan oleh Sheikh Omar Suleiman dan tetamu undangannya iaitu Sheikh Ahmad Hraichie. Topiknya berkisar mengenai kematian. Aku mendengar perkongsian engalaman Sheikh Ahmad sebagai pengurus jenazah sejak berusia 18 tahun dengan pelbagai emosi; sedih, takjub, gembira, semangat.

Beliau pernah melihat bagaimana saat kematian ibunya dan juga orang muslim yang lain saat nazak, rohnya bukan keluar malah rohnya seumpama kita menarik nafas ke dalam dan telan nafas tersebut. Fizikal tubuh kita ini berdiri kerana hadirnya roh tersebut. 

Bersambung...



Comments

Popular posts from this blog

Pemergianmu

Mujahidah sebenar..

Membangkitkan iman