Healing Process
Assalamu'alaikum, semoga hari yang indah buat kita semua.
Terdetik untuk berkongsi bagaimana cara Healing Process berlaku pada setiap diri bergelar manusia. Ilmu ni Allah izinkan setelah menyertai kelas online Ibu Rose di Strong Ladies Mastery Class. Ilmu ini amat Mahal dan atas keizinan guru Ibu, saya rasa perlu dikongsi dengan semua.
Adakah kita tahu ada 4 peringkat Healing. Eh, healing tu apa? Healing tu bahasa mudahnya sembuh dari apa-apa emosi seperti kesedihan, kekecewaan, kematian, dll yang telahpun kita lalui sebelum ni (mesti past, tak mungkin la yang future punya kan).
Kalau dalam Model Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHSi), semua memori tu telah tertanam pada tulang iaitu pada DNA manusia. Jadi, sekiranya emosi bercas negatif itu tidak dipindahkan maka akan terbentuklah tindakbalas fizik, kimia dan biologi pada organ dalam badan kita sehingga terzahirnya sifat-sifat emosi seperti sedih, kecewa, marah dsbg. Okey, yang ni saya akan explain details later 4 faktor punca penyakit.
Back to our main topik, 4 Proses Penyembuhan bermula di sini:
1.Deny ( tak percaya/cannot brain!)
Pada tahap ni kebiasaanya kita tak mudah nak terima dan rasa macam mimpi je. Otak rasa serabut, kepala nak pecah, fikiran non stop macam air je until to the extend kita rasa tiada perasaan dan "malaslah nak fikir!". Yang peringkat paling teruk kita rasa nak mati je lebih baik (nauzubillah). Kalau kita berada di passive thought (cth: duduk di tepi jalanraya dan harapkan ada kerete langgar kita) atau untuk active thought (cth: akan pergi ke tengah jalan).
Apa nak kena buat apa peringkat ni?
Kita kena sedar yang kita dalam peringkat deny. Biarkan perasaan tu datang dan pergi. Yang penting, tetap jaga solat, tidur cukup dan makan terjaga ya syg.
2.Sadness/Anger
Pada tahap ni kita akan mula rasa nak marah dengan apa yang berlaku. Kita pun pelik, eh apasal aku rasa nak marah ni?. Kalau ada orang yang sakitkan hati tu, kita rasa nak tumbuk terajang je dia. Woowoowoo..take a deep breath sat. Ada yang alami tempoh peringkat ini lama, ada yang berlaku yang kejap. Bergantung kepada setakat mana kita kuat nak tune this situation.
Apa nak buat pada peringkat ni?
Allow ourselve to feel rasa marah tu tapi jangan beraksi nak p tumbuk orang tu atau menjerit kat luar tingkap ke. Kalau ada masa pergi bawa diri ke pulau ke, air terjun ke atau tempat yang cepat adalah mandi di bawah shower. Rasakan air yang mengalir tu seakan-akan sedang luntur-lunturkan perasaan marah kita tu. Tak perlu judge diri kenapa aku marah-marah ni. Keep on zikir (ni luar dari toilet la ya).
"manusia yang kuat dan hebatkan adalah bila dia berjaya mengawal emosi"
Jom doa; "Ya Allah, tunjukkan jalan untuk kau datangkan seseorang untuk bantu diriku"
~minta izin untuk Allah keluarkan rasa sakit ni dan doakan kebaikan untuk orang tu (dalam solat Hajat kita).
~ katakan, saya belajar sesuatu melalui ujian ini dan saya akan jadi lebih baik.
Haa...agak-agaknya faham ke setakat ni.
Untuk dua peringkat lagi kita sambung nanti. Hadamkan dulu yang ni.
Sila like, share dan follow sekiranya ia membantu kalian semua.
Comments
Post a Comment