Erti Hidup Bertuhan (siri 1)
Subhanallah, tidak dapat dinafikan bahawa sejarah merupakan peristiwa yang terbukti jelas dinyatakan dalam catitan sejarah seperti manuskrip, batu bersurat, journal-journal dan dokumentari. Syukur, time sekolah dulu saya sangat suka sejarah hanya kerana cikgunya sangat baik dengan saya (asbab cikgu baik saya belajar sesuatu daripadanya. Niat tetap kerana Allah kan)
Oo ya, saya revise sikit ilmu sejarah sebelum saya sentuh tajuk yang saya nak ceritakan ni. Masih boleh bersabar kan..
Menurut guru saya, Ustaz Norhissam Mustapa : Sumber perbahanan ini boleh dikategorikan kepada Jenis I iaitu penulisan sejarah tanpa nama penulis, tidak bertarikh dan kebiasaanya disalin oleh pihak ketiga. Berbeza dengan Jenis II yang jelas tercatat biografi penulis dan bibliografi penulisannya.
Satu yang tidak pernah saya terfikir akan belajar bila menyertai Diploma Profesional Perubatan Melayu adalah, saya berpeluang untuk revise mengenai Tamadun Melayu dan perkaitannya dengan Tasawwur Islam, Kupasannya sedikit berbeza apabila melihat kepada sudut pengaruh-pengaruh agama yang wujud seiring dengan Tamadun Melayu pada ketika itu iaitu Tamadun Yunani, Parsi, China dan India. Kesannya dapat dilihat pada ketika itu dan ada sebahagiannya masih di bawa pada zaman yang dikatakan serba moden dan berteknologi tinggi kini.
Apa kesan pengaruh ini pada kehidupan kita sekarang?
Namun adakah kita sedar apakah pengaruh-pengaruh yang di bawa Tamadun ini yang menyebabkan kita tidak sedar bahawa ia telah sebati dan menjadi sebahagian daripada amalan hidup kita?
Nauzubillah, semoga Allah tetap meneguhkan akidah pegangan kita sebagai seorang mukmin kerana doktrin- doktrin ini jelas tidak hadir secara kekasaran namun ia hadir dalam bentuk yang cukup halus (ghazwul fikr). Ini pun setelah "mereka" belajar sesuatu daripada Perang Salib cara terbaik menumbangkan Islam (sejarah juga kan. Penting tak sejarah dalam hidup kita?)
Cuba kita tengok sekeliling kita, gambarkan semula, ingat-ingatkan balik apa yang orang-orang tua kita pernah cerita pasal wayang kulit, berinai, pelamin, sirih junjung, mandi beras, perkataan "paduka", simbol burung Garuda/Jentayu diukiran rumah dan banyak lagi contoh-contoh lain. Agak-agaknya apakah pengaruh yang dibawakan ke dalam masyarakat Melayu ini?
Mungkin juga ramai antara kita suka mencari ketenangan, kedamaian dan peningkatan spiritual seperti menghadiri seminar/program-program motivasi berbentuk penguasaan minda, berkata perkataan yang baik-baik sahaja sehingga merasakan kekuatan yang kita capai ketika ini adalah daripada kuasa dalaman yang kita bentukkan dalam diri kita. Sehingga tanpa sedar, kita lupa bahwa memberi DAYA dan UPAYA itu atas PERTOLONGAN ALLAH.
Kita kurang PEKA bahawa akidah kita semakin disiat-siat tanpa sedar. Kebergantungan yang kita letakkan bukan pada DIA sepenuhnya. Ya, mula-mula memang kata Allah tempat bergantung, tapi lama-lama Allah di letak ke tepi dan merasakan alam ini yang menguatkan kita. Makin lama, makin rasa diri kita pula adalah TUHAN. Nauzubillah. Sedar ke sedar ni?
Jadi apa yang berlaku sebenarnya ni?
Ok, habiskan hadam ni dulu. Lepas zohor kita sambung lagi insyaAllah.
Comments
Post a Comment