Erti Hidup Bertuhan (siri 2)

 


Sebenarnya apa yang berlaku sehingga tanpa sedar pengaruh tersebut telah masuk ke dalam JIWA-JIWA orang mukmin ini?
Bagaimana kita nak semak adakah kita telah melakukan perkara ini yangboleh menjerumuskan kita dalam pengaruh tersebut. 4 perkara ini perlu dielak agar akidah kita sebagai AHLI SUNNAH wal JAMAAH sentiasa tetap utuh.
1. SYIRIK @ KHURAFAT

Apa itu? Sudut bahasanya kufur. Dari segi istilahnya menduakan Allah dengan yang lainnya (sekutu).
Kita anggap Allah itu alam dan alam itu Allah. Lama-kelamaan kita buang Allah ke tepi dan minta terus pada alam (syirik taqrib). Ada juga meletakkan keyakinan sebab kita makanlah, kita kenyang. Bukan sebab Allah yang bagi kenyang (syirik asbab).
Syirin ni banyak jenis. Boleh semak lanjut di sini: https://muftiwp.gov.my/.../3064-al-afkar-40-jenis-jenis...
2. Maksiat

Dari segi bahasa maksudnya derhaka. Dari segi istilahnya buat sesuatu yang Allah larang, tinggalkan apa yang Allah perintahkan (perbuatan dosa). Ia memberi kesan kepada akidah, akhlak dan syariat seorang muslim.
3. Zalim

Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
4. Fasik

Mengamalkan Islam secara partial iaitu ambil mana yang dirasakan sesuai dan mencapur adukkan ajaran agama lain dalam kehidupan.
Apa tindakan kita lepas dah sedar? Sedar tanpa tindakan umpama tunggu bom jangka meletop orang kata.
Masyarakat Melayu Muslim ramai dah mula sedar dan yakin pentingnya untuk rasa bertuhan. Namun, erti bertuhan yang sebenar mungkin masih belum jelas.
Patutlah Rasulullah S.A.W sebelum wafatnya Baginda sempat berpesan, "Tidak akan sesat umatku selagi berpegang kepada 2 perkara ini iaitu Al-Quran dan As-Sunnah".
Cara berpegangnya kita pada 2 perkara ini adalah dengan memahami dan mempraktikkan isi kandungannya dengan yakin. Rahsia pembinaan KEYAKINAN adalah melalui ucapan syahadah kita. Elemen pengukur kepada KEYAKINAN ini adalah melalui pembetulan niat, tazkirah, zikrullah dan doa harian.
Sekian, dulu. InsyaAllah bersambung nanti.
Semoga bermanfaat buat kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Usrah Online

Mujahidah sebenar..

Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban