Posts

Showing posts from December, 2010

Ya, Aku Ingin berTAQWA!

  Muliakah kamu wahai orang yang bertakwa?   'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat. 'Ada sesiapa yang boleh jawab?' Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'. 'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?' Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'. Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?' 'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik keci