Guru Kehidupan
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Ramadhan kareem buat semua umat Islam seluruh dunia. Seronokkan Ramadhan kali ini. Bak kata PM dalam ucapannya semalam, kita menghadapi 2 jihad iaitu Jihad melawan hawa nafsu dan Jihad menghadapi wabak Covid-19 ketika ini. Semoga Allah beri kekuatan mujahadah buat kita semua.
Lama rasanya tak mencoret rasa hati. Terasa ingin meluah rasa penghargaan buat guru-guru yang hadir dalam diri ini.
Jazakillah khair buat Mama dan Arwah Papa,
Jasa kalian mendidik diri ini sejak kecil memang tak akan terbalas. Walaupun anakmu ini 'nakal' sehingga buat arwah papa kena bayar yuran 3 sekolah dalam masa seminggu waktu Form 1 di Kelantan dulu. 'Ketegak' sanggup tidur dalam kereta setiap pagi mama pergi hantar kat Sekolah Agama Bandar, JB darjah 1 dulu. 'Tak kira kalau nak mesti nak jugak' sampai bawa diri dengan kereta mama ke Melaka even mama tak setuju sebab nak bantu hantar seorang peserta yang cedera masa program cuti semesta di Negeri Sembilan dulu. Moment tak boleh lupa sampai tua..
Tapi dalam nakal-nakal ini ada baiknya. Bak kata guru, mungkin ada barakah dari doa atuk nenek kita dulu-dulu. Ya lah kan, tempias bila atok adalah Imam di Masjid Tok Uban. Tapi bil reflex semula, Allah dah detikkan hati ni masa kecik-kecik untuk suka berjemaah dengan papa dan mama. Darjah 6 baru khatam Quran walaupun kawan-kawan lain dah khatam dulu. Belajar dengan Ustaz sebelah rumah dan ustazah kawan mama masa kat Taman Imigresen, JB. Mama siap buat pulut kuning lagi. Form 2 dah kena jadi 'mak' jaga adik dan masak masa mama kerja shift, along, kak ngah, kak chik semua kat KL. Form 5 baru tahu pasal solat Dhuha. Masa tu Radio IKIM baru wujud. Tiap-tiap hari pasang kat rumah...
Kenangan dengan arwah papa walaupun tak banyak tapi tak boleh dilupakan. Arwah Papa a bit pendiam, sangat pengemas even pergi pasar pun baju tight in ok. Suka basuh kereta kalah orang kat snow wash tu, berkilat abis. Kalau gosok baju dan lipat baju masyaAllah side tepi baju tu macam pisau. Bab baju ni hanya menurun kat kak chik je. Kalau cuti sem, mesti akan ikut papa pergi Masjid Negeri kat Kubang Kerian tu. Tak boleh belah bila berjemaah dengan mak cik2 sejadah putih, sebab sejadah kita berwarna. Mesti semua pandang bila kita bentang...Dapat 'A' masa masak Sup Ikan Merah sebab sebijik rasa macam mama masak. Habis tiap-tiap hari kita masak sup tu sampai arwah papa pesan kat mama, "biar mama masak pulak la". Al-Fatihah buat papa di sana. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman (1945-2007)...
Jazakallah khair buat Murabbi, Dr. Hizul Azri
Pertama kali kenal perkataan tarbiyyah, halaqah, murabbi, akhawat, tahu pasal adanya tafsir al-Quran, masa belajar kat Matriks Perak dulu. Dulu terkenal dengan "Jemaah tak ada nama" sampai orang pelik ikut gerakan apa sebenarnya, Tapi masa tu kita tak kisah. Yang kita tahu tanpa sedar kita rasa nak berubah. Masa tu tak boleh lupa tengok kawan dari Sekolah TKC dah start pakai handsock. Agak pelik fikir macam mana stokin tu dia buat boleh pakai kat lengan ya. Punyalah usaha cari handsock masa outing. Abis dibantainya handsock orang naik motor yang tebal tu. Bayangkan pergi kelas pakai baju kurung dengan handsock yang super tebal tu. Tahan je kepanasan sebab usaha nak berubah ni. Cuti sem habis bawa balik segala bawal-bawal yang ada. Kena bebel jugak la kan tapi mama still belikan kain untuk buat tudung labuh. TQ ma..
Masa kat UPM tak boleh lupa. Hampir setiap petang jumaat je dah angkat kaki pergi Tronoh dengan akhwat2. Yang kita tahu kita boleh berdaurah, berhalaqah dengan akhwat dan murabbi. Lompat komuter, bas tu perkara biasa. Rasanya orang bas kat Stesen Medan Kit tu pun boleh cam muka kami agaknya..Pernah juga kena aimbush dengan pentadbiran tertinggi UPM sebab dikatakan "ada cubaan brainwash pelajar time orientasi". Siap disoal siasat macam kita ni buat salah besar je. Tapi masa tu muka tetap tersenyum indah bila disoal sebab hati kental sungguh tak hirau apa masa tu sampai dorang feed up dan lepaskan kita. Kita tak buat apa pun..kita nak taaruf dengan adik-adik baru je. Masa kat UPM ni la tertonjol bakat menjual. Kita target jual sambil cari 'orang'. Orang tak nak beli tafsir al-Quran, kita jual kopok, triffle yang ada. Masa duduk rumah sewa dengan akhwat, kita rajin masak rupanya. Walaupun lauk biasha2 je. Merempit pagi buta ke Bangi, Nilai tu biasa asalkan objektif halaqah dengan akhwat di sana tercapai..Eh, rindu la kat korang semua.
Jazakallahu khair Ustaz NorHissam Mustapa,
Allah izinkan rasa pentarbiyahan yang sama macam murabbi dulu melalui pendekatan Perubatan. Dulu tak ada cita-cita, tapi jadi Dr Vet. Itu pun Kak Chik yang tolong isikan borang. Dapat second last choice tu. Alhamdulillah..Sekarang rasa interesting bila belajar Perubatan Melayu. Ingatkan mula-mula belajar biasha2 je rupanya Subhanallah luar biasa. Awal-awal sem belajar Sejarah sebenar Tamadun Melayu, Falsafah Perubatan, Akta berkaitan, Kaedah mendiagnos, mengenal Kitab/Manuskrip Tib yang ada..banyaklah. Makin dikaji, makin rasa tak tahu banyak perkara. Lagi mendalam kaji mengenai diri, makin merasa hebatnya Pencipta diri. Ini kot perasaan orang belajar kat pondok. Semoga Allah izinkan diri ini mendalami ilmu ini hingga akhir hayah.
Jazakillah khair buat Pn Maznah Ibrahim, Ibu Rose,
Banyak sangat ilmu parenting yang kita belajar daripada kalian. Dulu selalu juga jadi 'singa' tapi alhamdulillah sekarang better sikit kot. Banyak jadi 'kucing hutan'
Sebenarnya ramai lagi guru-guru yang hadir dalam diri ni. Tak tercatit buat masa ini. Ada yang baik, ada yang buruk. Lain masa kita sambung ya. Si kecik dah bangun.
Comments
Post a Comment