Mujahidah sebenar..

salam,


ana kongsikan hasil nukilan seorang adik di iptho, batu pahat..

nur syahirah morsyid.

moga bermanfaat..


"Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”

syeikhuna hasan Albanna


“Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.”

Jom kita imbas kenangan lama… JBagaimana kita tersadung dengan jalan tarbiyyah?

Bagaimana kita mula jatuh cinta dengan ukhwah fillah?

Bagaimana kita mula meninggalkan karat-karat jahiliyah?

Semua itu adalah satu kenangan yang boleh menjadi daya tolak untuk terus melangkah. Kita masih melangkah walau kepenatan maha dahsyat menjengah. Kita masih melangkah kerana kecintaan serta kesyukuran dengan jalan yang telah merubah hidup kita dari segala aspek samada luaran dan dalaman. Fikrah, ruhiyyah dan jasad. Begitulah tarbiyah mengajarkan kita. Ia telah berjaya membentuk manusia biasa menjadi luar biasa.

“Dan Allah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezekinya kepada para hamba sahaya yang mereka miliki, sehingga mereka sama-sama (merasakan) rezeki itu. Mengapa mereka mengikari nikmat Allah? (al-Quran, 16:71)

Jalan tarbiyyah yang sedang kita lalui ini adalah satu nikmat dan rezeki yang besar dari Allah untuk kita.Dan atas dasar keimanan itu jugalah, kita bergerak dalam menyampaikan dan menyeru manusia untuk bersama-sama merasai nikmat jalan ini.

Sehinggalah suatu ketika,

Setelah bertahun ditarbiyyah dan mentarbiyyah,

Tiba-tiba kita sudah tiada rasa. Terasa hambar dan ada juga yang melemah hanya kerana asbab teknikal yang sangat remeh untuk difikirkan.

Mula kering ketika menerima taujihat dari murabbi. Mula berat untuk bertemu mutarabbi yang sedia untuk ditarbiyyah.

Dimana masalah sebenarnya?

Dalam diri kita?

Hati kita?

Murabbi kita?

Jom koreksi diri dengan kata-kata dari Imam Hassan Al-Banna tentang mujahid yang membawa islam:

“Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”

Allahu Allah…..

Debush3x, Peng3x…….

Masih ada masa untuk memikirkan tentang lemah?

Lemahnya jiwa adalah kerana keringnya iman.

Keringnya iman kerana kurangnya mutabaah amal.

Kurangnya mutabaah amal kerana lemahnya mujahadah.

~ YA ALLAH, jangan KAU golongkan kami dalam kalangan ‘robot dakwah’… Izinkan setiap langkah kami, kami membawa bersama hati yang penuh kecintaan padaMU, keikhlasan beserta kefahaman yang tinggi… Kuatkan langkah kami, thabatkan kami pada jalan ini demi meraih redhaMU… Amin ~

Comments

  1. DUSH !! diserang tanpa sadar. minta izin utk share... jzkk !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Erti Hidup Bertuhan (siri 2)

Ma Makna Al-Quran pada kalian?