Tuesday, July 27, 2010

Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).


Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).


Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.

sumber dari Ustaz Abdul Halim Abdullah

Thursday, July 8, 2010

What Stress Does to Your Body

By Naomi Barr

The human body is well adapted to deal with short-term stress, but if it remains on orange alert for an extended period of time, you can grow vulnerable to some serious health problems. Here's how major systems respond to your worries.

NERVOUS

The "fight or flight" response begins here: When you're stressed, the brain's sympathetic nerves signal the adrenal glands to release a chemical variety pack, including epinephrine (aka adrenaline) and cortisol. Persistently high levels of these chemicals may impair memory and learning, and up your odds for depression.

ENDOCRINE

Stress hormones trigger the liver to produce more blood sugar, to give you that kick of energy in the moment of perceived danger. But if the "danger" you're concerned with is a long-term dilemma and you're already at risk for type 2 diabetes, bad news: Elevated glucose levels may turn you into a card-carrying diabetic.

RESPIRATORY

At high-stress moments, you may find yourself breathing faster, feeling short of breath, or even hyperventilating. Over the long term, this strain on the system can make you more susceptible to upper-respiratory infections (so if you're considering a career in air-traffic control, you might want to stock up on Emergen-C).

CARDIOVASCULAR

Momentary, acute stress, like, say, when you're walking down the aisle to get married, will make your heart beat faster and blood pressure rise. Long-term stress, like unwelcome pressure from the folks to produce offspring, can cause narrowing of the arteries and elevate cholesterol levels, upping your chances of heart disease, heart attack, and stroke.

REPRODUCTIVE

Stress can lengthen or shorten your menstrual cycle, stop it altogether, or make your periods more painful. High levels of stress make bacterial vaginosis (BV) more likely and, during pregnancy, may increase the chance of your baby's developing asthma or allergies later in life. Bring on the prenatal yoga.

IMMUNE

Short-term stress can actually boost the immune system, helping your body fight infection. Ongoing stress, however, turns things in the other direction, possibly slowing wound healing, leaving you more susceptible to infection, and worsening skin conditions such as eczema, hives, and yes — acne.

DIGESTIVE

Extreme stress isn't unlike the morning after a bender. It can cause dry mouth, indigestion, nausea, and gas, and it stimulates the muscles of the intestines, possibly causing diarrhea or constipation. Have these symptoms chronically, and you may increase your risk for irritable bowel syndrome, severe heartburn, and ulcers.

MUSCULOSKELETAL

Muscles tense to deal with what your body perceives as danger. No one who's pulled an all-nighter with only PowerPoint for company will be surprised that constantly tight muscles can cause headaches and neck, shoulder, and back pain. Chronic stress may also increase your likelihood of developing osteoporosis.

Wednesday, July 7, 2010

Bagaimana berdepan dengan konflik?




Bagaimana menghadapi konflik? Sebelum belajar teknik menghadapinya, perlu tahu apa erti konflik. Konflik ialah sesuatu yang berlawanan atau berbeza dengan apa yang kita rancang dan harapkan. Ia tidak semestinya baik atau buruk. Tetapi sejauh mana anda memahami dan menghadapinya yang akan menjadikan ia baik atau buruk. Konflik ialah sumber eksternal. Cara anda menghadapinya ialah internal. Sesuatu akan jadi buruk apabila aspek internal tidak dapat menangani dengan baik sesuatu konflik.

Jadi apakah yang perlu ketika berhadapan dengan konflik? Kembalikan kepada Allah. Pasti ada hikmah. Jangan gelabah. Apa-apa perubahan di luar sana , yang akan berlaku , Allah tentukan. Hebat bagaimana kerosakan yang boleh berlaku, semuanya dalam kawalan Allah. Jadi relaks, ingat Allah. Doa kepada Allah.

Realiti individu yang mencipta konflik
Ada 2 kemungkinan. Sengaja menyusahkan kita. Atau kerana individu itu sendiri ada masalah. Apa pun sebabnya, ia bergantung kepada kita dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Perlu selalu diingat bahawa kalau kita ada konflik yang besar, ada lagi konflik lebih besar yang berlaku pada orang lain. Jadi bersyukurlah bahawa anda masih mampu mengingat Allah ketika konflik berlaku. Kalau anda lupakan Allah dan terus gelabah, itulah konflik terbesar yang boleh berlaku. Konflik dengan Tuhan...
Kekadang kita akan marah atau melampau-lampau emosi negatif kita kerana ia ada kaitan dengan ego diri sendiri. Bukan kerana mempertahankan hak Allah. Hak Allah ada cara tertentu untuk menyelesaikannya. Ini tidak bermakna kita perlu berlemah lembut sahaja dalam menyelesaikan konflik.

Apa perlu buat ?
1. Zikir, doa
2. Kenalpasti apa permasalah
3. Tentukan alternatif
4. Pilih alternatif terbaik
5. Serahkan kepada Allah

Jangan sampai ketika konflik, kita mengikut emosi negatif kita. Atau meletakkan pergantungan terlampau tinggi pada manusia. Ini yang menyebabkan konflik menjadi makin parah.
 Moga kita menjadi individu yang boleh menyelesaikan konflik dengan jiwa yang tenang.

kongsi