Bagaimana berdepan dengan konflik?
Bagaimana menghadapi konflik? Sebelum belajar teknik menghadapinya, perlu tahu apa erti konflik. Konflik ialah sesuatu yang berlawanan atau berbeza dengan apa yang kita rancang dan harapkan. Ia tidak semestinya baik atau buruk. Tetapi sejauh mana anda memahami dan menghadapinya yang akan menjadikan ia baik atau buruk. Konflik ialah sumber eksternal. Cara anda menghadapinya ialah internal. Sesuatu akan jadi buruk apabila aspek internal tidak dapat menangani dengan baik sesuatu konflik. Jadi apakah yang perlu ketika berhadapan dengan konflik? Kembalikan kepada Allah. Pasti ada hikmah. Jangan gelabah. Apa-apa perubahan di luar sana , yang akan berlaku , Allah tentukan. Hebat bagaimana kerosakan yang boleh berlaku, semuanya dalam kawalan Allah. Jadi relaks, ingat Allah. Doa kepada Allah. Realiti individu yang mencipta konflik Ada 2 kemungkinan. Sengaja menyusahkan kita. Atau kerana individu itu sendiri ada masalah. Apa pun sebabnya, ia bergantung kepada kita dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Perlu selalu diingat bahawa kalau kita ada konflik yang besar, ada lagi konflik lebih besar yang berlaku pada orang lain. Jadi bersyukurlah bahawa anda masih mampu mengingat Allah ketika konflik berlaku. Kalau anda lupakan Allah dan terus gelabah, itulah konflik terbesar yang boleh berlaku. Konflik dengan Tuhan... Kekadang kita akan marah atau melampau-lampau emosi negatif kita kerana ia ada kaitan dengan ego diri sendiri. Bukan kerana mempertahankan hak Allah. Hak Allah ada cara tertentu untuk menyelesaikannya. Ini tidak bermakna kita perlu berlemah lembut sahaja dalam menyelesaikan konflik. Apa perlu buat ? 1. Zikir, doa 2. Kenalpasti apa permasalah 3. Tentukan alternatif 4. Pilih alternatif terbaik 5. Serahkan kepada Allah Jangan sampai ketika konflik, kita mengikut emosi negatif kita. Atau meletakkan pergantungan terlampau tinggi pada manusia. Ini yang menyebabkan konflik menjadi makin parah. Moga kita menjadi individu yang boleh menyelesaikan konflik dengan jiwa yang tenang. kongsi |
Comments
Post a Comment