Thursday, April 29, 2010

Ujian kehidupan 3

Alhamdulillah, oral xm ana sudahpun berakhir tadi. Entah kenapa perasaan utk xm yg pertama, pertengahan dan pengakhiran punya rasa yg berbeza2. Arini oral xm start seawal 9.30 pagi. InsyaAllah, apa pun resultnya esok ana menharapkan semuanya baik buta diri ini. Perjuangan 6 tahun di kampus hijau ni banyak mengajar erti kematangan pada diri. Air mata dan ketawa ria selalul silih berganti. Itulah adat kehidupankan...

Alhamdullilah, ana mulakan hari ni sebaiknya dengan berkhalwat bersama Sang Pencipta. Syukur, minggu ni mudah pula ana tersedar. Apa yang mengejutkan ana dari tidur kebiasaannya alarm clock dan gigitan nyamuk. Ana memang mudah alert bila nyamuk dah mula membuat penggalian pada epidermis ni sebelum dia berjaya mencari blood vessel ana. Ana xkan bagi peluang. Dari jauh ana dah hayun tangan ni. Ishh, kadang2 terlepas. Tak pelah, nasib kaulah cik muk. Kalo tak dah jadi bahan makan si Umairah dah (nama ikan laga ana. Hadiah birthday tahun ni dr akhwat tersayang.)

Bercerita mengenai bab ujian ni, ujian takkan pernah berakhir even ujian oral xm ana baru je lepas. Ana selalu berfikir kalaulah Allah tidak memberi ujian langsung pada hamba2Nya pasti kita akan terus hanyut dlm kemanisan dunia yg sementara ini. Seperti mana yg pernah ana kongsikan bersama pembaca sebelum ini, banyak ayat2 tentang ujian yg mn utk menentukn tahap iman seseorg ketika menghadapi sesuatu ujian itu. Apa tujuannya? Kita dapay menilai diri kita di tahap mn dan akan berusaha memperbaiki supaya kita akan terus berada di tahap iman yg paling atas. Senang cerita, xsemua org akan bahagia bila mendapat keputusan yg gagal setiap kali xm kn?lepas tu terpaksa repeat pulak. Pasti sedaya boleh kita akan usaha yg terbaik supaya kegagalan itu tak terus berulang atas asbab gagalnya kita mengubah diri ke arah itu.

Hee..ana rasa cukup setakat ni. Ana rushing nak kemas bilik pulak lepas ni. Asif, xdapat nak kongsikan pengisian ustaz hasrizal arini. tapi jgn risau, insyaAllah ana akan tetap kongsikan bersama antunna. Teruskan membca blog ana. Komen dan kritikan amat2 dialukan.

Akhirul kalam, mari jadikan Arini Lebih Baik dari Semalam, dan Esok Lebih Baik dari Hari ini!. Wassalam. 

Tuesday, April 27, 2010

Ujian kehidupan 2

Alhamdulliah, perjalanan oral xm ana utk session clinical arini berjalan lancar. Ana bertolak sejam awal ke fakulti supaya lebih bersedia. Sesampai je di depan bilik oral ana belek2 nota dan buku utk sedapkan diri. Sempat ana mengingatkan diri utk luruskan niat. Apa sahaja yg akan berlaku sebentar lagi moga dipermudahkan Allah. Ana cuba mindset kan diri bahawa ana seperti seorg Doktor yg akan memberi peneangan kead client. Ana perlu menerangkan dengan lebih tenang dan jelas.

Tepat 12.30pm, giliran ana tiba. Doa dan tawakal ana panjatkan pada Dia. Kali ni examiner adalah dr Taiwan, Dr Huang. Ana duduk dengan tenang menantikan soalan yg ana dah expect akan ditanya olehnya. Ana diminta utk ceritakan detail tentang kes2 yg ana pernah handle sepanjang di war haiwan kesayangan (Small Animal Ward). Kalo antunna ada terbaca kisah2 ana yg semasa meng'handle' kes di war. pasti antunna pernah mendengar cik pupyy yg bernama Monwen. Ana sangat stress ketika itu, bukan kerana puppy tu buat masalah tp asyik kena marah dengan doktor2 yg tak berapa puas hati dengan kerja ana. Ada sahaja salahnya...Erm, masa tu ana ingat lagi time bulan puasa.Bersama2 dengan cin dog dan cik cat lah ana berbuka. Pengalamn yg sukar di lupakan.

Setelah apa yg berlaku ana mula tersedar ada baiknya stress yg Allah datangkan pd ana ketika itu. Kes monwen itulah yg ana ceritakan depan examiner sehinggakan none stop ana ceritakan pasal kes tu. Terbayang lagi muka monwen waktu sakitnya dan mula ceria dan ada selera makan sejak ana menjaga dia di ward. Ana dapat buktikan pada diri ni ana juga boleh menjadi sebagaimana kawan2 yg lain. Syukur ana panjatkan pd Allah atas pertolongan yg Dia berikan. Doa mama juga akhwat2 lain juga sangat memberi kesan. Sebelum melangkah masuk ke bilik, sempat ana cek massage di henset. Kata mama seperti biasa, "Buat yg terbaik. Mama selalu doakan utk anak mama". Terharu bila mama selalu membacakan yasin buat ana setiap kali ana akan memduduki xm. Itulah kasih seorg ibu. 'Busuk2' anak pun akan kasih juga ibu akhirnya.  

Rasa lega ana utk oral xm arini ana kongsikan bersama2 akhwat tersayang sekadarnya. Takut juga terlampau rasa suka sampai lupa segalanya adalah atas izin Dia nak melancarkan lidah ini utk berkata2. Doa semua terus ana harapkan supaya ana dapat buat yg lebih baik lagi utk oral xm ana yg terakhir pd khamis ini.

Petang tadi sempat ana berkongsi cerita dengan seorg ahwat. Sudah lama rasanya x berkongsi cerita. Itulah adat bila bersaudara, masalah dia masalah kita dan masalah kita adalah masalah dia juga. Jangan pernah merasakan akhwat rasa terbeban dengan masalah kita itu. Bagi ana, bila kita mudahkan kerja akhwat kerja kita juga Allah akan mudahkan juga (47:7). Suka utk ana bawakkan permasalahan yg masih tak kesudahan dan sedang berlegar2 dalam persekitaran akhwat di sini atau rata2 di tempat lain. Bagi siapa yg membacanya ambillah yg positif. Jika tidak berkenan di hati minta sangat utk datang terus bersua muka supaya lebih lancar penyampaiannya. Dari mulut penyampai terus kepada telingan pendengarnya.

Ana ingin membawa isu mengenai zhan2 yg terjadi di antara akhwat. Zhan yg di sini sudah pastinya yg su'u zhan. Perlu kepada perteguran secara baik. Ana mengambil tindakan menyampainya di dalam blog kerana masih tak pasti siapa yg cuba memulakan hal2 yg menjadi asbab kepada zhan2 itu terjadi. Asif, adalah lebih baik ana sampaikan direct to the point supaya para pembaca juga tidak mula zhan2 pada ana. Mohon Allah permudahkan penyampaian ana dan mengampunkan dosa ana erana tidak menegur sebelum ini.

Isunya di sini adalah mengenai hal2 berkaitan dengan permasalan seorg akhwat yg menjadi tanda tanya kepada akwat2 yang lain tentang kenepa akhwat itu selalu ada masalah yg bergitu. Ana berikan satu situasi supaya pembaca lebih jelas tentang perkara yg ana mau sampaikan. Akhwat A selalu sakit yg banyak menhalang dirinya utk membuat kerja2 harian dan mungkin juga agak menghadkan kerja dakwahnya. Akhwat2 yg mula bertanya2 kenapa akhwat A selalu sakit je. Bagi akhwat yg concern persoalan itu disusuli dengan tindakan utk menziarahi akhwat A. Itu tindakan yg bagus dan ana berbbesar hati dengan akhwat2 jenis concern yg bergini. Apa yg menyedihkan adalah bg akhwat2 yg boleh dikatakan concern tetapi hanya sekadar angin lalu. Maksud ana, tindakannya tiada hanya sekadar bertanya pada org2 tertentu tentang perkembangan akhwat A itu. Permasalah mula timbil apabila org tengah menyampaikan hal2 yg salah@ akhwat yg kuang concern itu menerima maklumat yg salah menjadikan fitnah mula timbul pada akhwat A ini. Pelbagai spekulasi tersendiri dibuat oleh akhwat kurang concern ni sehiggalah kata2nya mempengaruhi akhwat2 di sekeliling.

Mungkin ini antara isu yg ana nak bawakan.Harapnya pembaca jelas pada  point yang ana nak sampaikan. Wahai akhwat fillah, kita selalu mengingatkan kepada mutarabbi@mad'u2 kita bahawa perumpaan org ug ghibah itulah seperti memekan daging saudaranya sndr. Dan nah, kita skrg tanpa sedar makan daging malah membunuh saudara sendiri dengan perbagai fitnah yg jelas tidak bernar. Teguran ana buat diri ni juga adalah lebih baik utk terus bertanya kepada empunya diri tentang apa sahaja perkembangan@ permasalah tentang dirinya. Al-Quran sendiri jelas mengingatkan pada kita utk siasat dulu berita yg sampai ke telingan kita sebelum kita bertindak apa2. (asif, lupa ana surah berapa. ana akan cari balik ayatnya).

Sekian dan demikin, moga kita ambil yg mana jernihn buanglah yg mana keruh2 tu.Tegutran antunna buat ana amat ana harapkan. JAzakillah khair

Wassalam.

Monday, April 26, 2010

Ujian kehidupan

Salam'alaik akhwat fillah,
Ana baru lepas oral xm tadi. debaran sebelum xm agak kuat. Ana tenangkan diri sebentar sebelum ke bilik xm dengan tilawah  dan tadabbur surah Taha ayat99-125. Alhamdulillah, Allah memujuk ata ana dengan ayat  ke 114.

"Maka Maha tinggi Allah, Raja yang sebenar2nya. Dan jgnlah engkau (Muhammad) tergesa2-gesa (membaca) Al-Quran sebelum selesai diwahyukan kepadamu, dan katakanlah, "Ya Tuhanku, tambahkanlah imlu kepadaku"

Terpujuk ana dengan ayat ini. Sempat utk ana muhasabah diri dan menarik nafas panjang2. Terfikir ana, aku study krn Allah. Ilmu bukan sahaja amanah dan kewajipan malah ia adalah isi tujuan dan makna kepada kehidupan. (ini apa yang ana dapatkan dr ceramah ust hasrizal semalam. Sabar2, akan ana kongsikan pengisisan ustaz selepas ini).

So, setelah tenang dan dapatkan doa dr sekalian akhwat, ana melangkah ke fakulti. Debaran semakin kurang. Ana usaha sedaya boleh. Tawakal setelah itu. Agak menyedihkan apabila examiner dr oversea seorg lelaki. He very nice men nut he still a men. Proses berjabat tangan berlaku sebelum sempat ana dapat mengelak. Huhu, ana mulakan oral xm ana dengan maksiat. Moga Allah mengampunkan hambaNya ini. Alhamdulillah, sepanjang oral ana menjawab apa sahaja yg terlintas di kepala ni. Moga Dia terus memberi petunjuk pada hambaNya yg lemah lagi daif ini. Esok dan khamis ana ada oral xm lagi. Mintak doa dari sekalian akhwat terus khair ana manjawab apa sahaj soalan mereka ni.

Asif, udah masuk zohor. Ana berundur dulu. Opps, ana takkan lupa janji ana utk kongsikan pengisisan ust hasrizal nanti. Ana akan ceritakan pengalam ana dan adik2 UIA tersayang mencari tempat program. Isy, begitu adventure dengan aturan dr Allah yg tersendiri. Nantikannya!

Wassalam..

Wednesday, April 21, 2010

Apa Cerr...ehik

salam'alaik ukhti fillah,

asif jiddan pada semua kerana sudah lama jari ni utk mencalit tinta dlm blog ni tapi kekeringan idea. mungkin juga kerana kesibukan dengan persiapan ana utk menghabiskan detik2 terakhir sebagai pelajar vet di UPM ni (insyaAllah...amin)..teringat kata seorg akhwat, aminkan aja kata2 akhwat iAllah itu doa buat kita.

Oklah,sikit tentang perkembangan ana sekarang. Alhamdulillah, tadi baru je lepas exam comprehensive (MCQ).Inilah exam penentu bg kami budak vet sebelum layak grade. sedikit la introduction ttg exam pelajar vet ni, mungkin berbeza sedikit dgn pelajar medic..ana xpasti,wallahu'alam..comprehensive exam ni terbahagi kepada bahagian. ana baru lepas esei n MCQ. sekarang tgh prepare utk 3 bahagian oral (pre-clinical, para-clinical n clinical).semuanya cover lecture dari ana 1st year lagi. Examiner kali ni katanya dr Taiwan n Netherland..Macam biasa ana dengar org2 berkata, itulah lumrah nak jd doktor. kena susah2 sikit. pasni keje senang..moga kata2 tu menjadi peringatan buat ana supaya xleka dengan dunia dan lari dr niat sebenar ana involve dlm dunia vet ni..byk cabaran dan ujian tp sumenya akan jd nikmat bila kita berfikir positif..doa sume amat ana harapkan utk terus tsabat.

Suka ana utk berkongsi juga pada semua, ana telahpun mendapat panggilan dr sebuah syrikat, Ar-raudhah Biotech Farm. Ana ada pergi briefing dan interview waktu syrkat tu dtg ke fak ana. Alhamdulliah, ana ditawarkan keje di sana. Pada pandangan ana, ini satu peluang pada diri ini utk aplikasikan ilmu dan tambahkan pengalaman sebanyak mungkin baik dari hal2 menguruskan kambing sehinggalah ke pengurusan sebuah syarikat. Ana nak gunakan kemahiran yg ada ni utk memjadi konsultan pada penternak2 di Malaysia ni dan ana takkan lupa impian ana utk buka bisnes satu hari nanti..doakan ya.Mungkin permulaannya adalah dr Ar-raudhah ni, siapa tahu..masukan dr sekalian akhwat amat ana alu2kan..

Lupa utk ana ceritakan serba-sedikit ttg farm ni.terletak di kuang dekat area sg buloh. farm ni bukan mcm farm2 yg biasa ana tengok. mereka dah mula gunakan bioteknologi tinggi dlm sistem breed kambing2 di sana seperti embryo transfusion (EM) dan artificial insemination (permanian beradas). Peluang utk ana mendapatkan pengalaman membuat surgery pun amat tinggi.

Oklah, ana undur diri dulu. mungkin blog ana ni tidak seperti blog2 lain yg banyak menyelitkan ibrah2 dr kisah sirah dan hadis @ sbgnya. Apa yg ana harapkan dr pengalaman ana yg baru sedikit ini dapat ana kongsikan bersama dengan yg lain. Ana baru sahaja menamatkan umur 24 tahun ana 6 hari yg lepas. kata seorg akhwat, umur 25tahun adalah permulaan kematangan seorg gadis melalui pengalaman2 yg bakal ditempuhinya. insyaAllah, azam ana tahun ni..apa sahaja ujian yg mendatang ana akan hadapi dengan tenang dan xmudah melatah seperti sebelumnya. fikir sebelum bertindak/ berkata2 kerana padah mulut, badan juga yg binasa.

Akhirul kalam. doakan ana ukhtifillah.Moga kita semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan rahim-Nya.