Ujian kehidupan 2

Alhamdulliah, perjalanan oral xm ana utk session clinical arini berjalan lancar. Ana bertolak sejam awal ke fakulti supaya lebih bersedia. Sesampai je di depan bilik oral ana belek2 nota dan buku utk sedapkan diri. Sempat ana mengingatkan diri utk luruskan niat. Apa sahaja yg akan berlaku sebentar lagi moga dipermudahkan Allah. Ana cuba mindset kan diri bahawa ana seperti seorg Doktor yg akan memberi peneangan kead client. Ana perlu menerangkan dengan lebih tenang dan jelas.

Tepat 12.30pm, giliran ana tiba. Doa dan tawakal ana panjatkan pada Dia. Kali ni examiner adalah dr Taiwan, Dr Huang. Ana duduk dengan tenang menantikan soalan yg ana dah expect akan ditanya olehnya. Ana diminta utk ceritakan detail tentang kes2 yg ana pernah handle sepanjang di war haiwan kesayangan (Small Animal Ward). Kalo antunna ada terbaca kisah2 ana yg semasa meng'handle' kes di war. pasti antunna pernah mendengar cik pupyy yg bernama Monwen. Ana sangat stress ketika itu, bukan kerana puppy tu buat masalah tp asyik kena marah dengan doktor2 yg tak berapa puas hati dengan kerja ana. Ada sahaja salahnya...Erm, masa tu ana ingat lagi time bulan puasa.Bersama2 dengan cin dog dan cik cat lah ana berbuka. Pengalamn yg sukar di lupakan.

Setelah apa yg berlaku ana mula tersedar ada baiknya stress yg Allah datangkan pd ana ketika itu. Kes monwen itulah yg ana ceritakan depan examiner sehinggakan none stop ana ceritakan pasal kes tu. Terbayang lagi muka monwen waktu sakitnya dan mula ceria dan ada selera makan sejak ana menjaga dia di ward. Ana dapat buktikan pada diri ni ana juga boleh menjadi sebagaimana kawan2 yg lain. Syukur ana panjatkan pd Allah atas pertolongan yg Dia berikan. Doa mama juga akhwat2 lain juga sangat memberi kesan. Sebelum melangkah masuk ke bilik, sempat ana cek massage di henset. Kata mama seperti biasa, "Buat yg terbaik. Mama selalu doakan utk anak mama". Terharu bila mama selalu membacakan yasin buat ana setiap kali ana akan memduduki xm. Itulah kasih seorg ibu. 'Busuk2' anak pun akan kasih juga ibu akhirnya.  

Rasa lega ana utk oral xm arini ana kongsikan bersama2 akhwat tersayang sekadarnya. Takut juga terlampau rasa suka sampai lupa segalanya adalah atas izin Dia nak melancarkan lidah ini utk berkata2. Doa semua terus ana harapkan supaya ana dapat buat yg lebih baik lagi utk oral xm ana yg terakhir pd khamis ini.

Petang tadi sempat ana berkongsi cerita dengan seorg ahwat. Sudah lama rasanya x berkongsi cerita. Itulah adat bila bersaudara, masalah dia masalah kita dan masalah kita adalah masalah dia juga. Jangan pernah merasakan akhwat rasa terbeban dengan masalah kita itu. Bagi ana, bila kita mudahkan kerja akhwat kerja kita juga Allah akan mudahkan juga (47:7). Suka utk ana bawakkan permasalahan yg masih tak kesudahan dan sedang berlegar2 dalam persekitaran akhwat di sini atau rata2 di tempat lain. Bagi siapa yg membacanya ambillah yg positif. Jika tidak berkenan di hati minta sangat utk datang terus bersua muka supaya lebih lancar penyampaiannya. Dari mulut penyampai terus kepada telingan pendengarnya.

Ana ingin membawa isu mengenai zhan2 yg terjadi di antara akhwat. Zhan yg di sini sudah pastinya yg su'u zhan. Perlu kepada perteguran secara baik. Ana mengambil tindakan menyampainya di dalam blog kerana masih tak pasti siapa yg cuba memulakan hal2 yg menjadi asbab kepada zhan2 itu terjadi. Asif, adalah lebih baik ana sampaikan direct to the point supaya para pembaca juga tidak mula zhan2 pada ana. Mohon Allah permudahkan penyampaian ana dan mengampunkan dosa ana erana tidak menegur sebelum ini.

Isunya di sini adalah mengenai hal2 berkaitan dengan permasalan seorg akhwat yg menjadi tanda tanya kepada akwat2 yang lain tentang kenepa akhwat itu selalu ada masalah yg bergitu. Ana berikan satu situasi supaya pembaca lebih jelas tentang perkara yg ana mau sampaikan. Akhwat A selalu sakit yg banyak menhalang dirinya utk membuat kerja2 harian dan mungkin juga agak menghadkan kerja dakwahnya. Akhwat2 yg mula bertanya2 kenapa akhwat A selalu sakit je. Bagi akhwat yg concern persoalan itu disusuli dengan tindakan utk menziarahi akhwat A. Itu tindakan yg bagus dan ana berbbesar hati dengan akhwat2 jenis concern yg bergini. Apa yg menyedihkan adalah bg akhwat2 yg boleh dikatakan concern tetapi hanya sekadar angin lalu. Maksud ana, tindakannya tiada hanya sekadar bertanya pada org2 tertentu tentang perkembangan akhwat A itu. Permasalah mula timbil apabila org tengah menyampaikan hal2 yg salah@ akhwat yg kuang concern itu menerima maklumat yg salah menjadikan fitnah mula timbul pada akhwat A ini. Pelbagai spekulasi tersendiri dibuat oleh akhwat kurang concern ni sehiggalah kata2nya mempengaruhi akhwat2 di sekeliling.

Mungkin ini antara isu yg ana nak bawakan.Harapnya pembaca jelas pada  point yang ana nak sampaikan. Wahai akhwat fillah, kita selalu mengingatkan kepada mutarabbi@mad'u2 kita bahawa perumpaan org ug ghibah itulah seperti memekan daging saudaranya sndr. Dan nah, kita skrg tanpa sedar makan daging malah membunuh saudara sendiri dengan perbagai fitnah yg jelas tidak bernar. Teguran ana buat diri ni juga adalah lebih baik utk terus bertanya kepada empunya diri tentang apa sahaja perkembangan@ permasalah tentang dirinya. Al-Quran sendiri jelas mengingatkan pada kita utk siasat dulu berita yg sampai ke telingan kita sebelum kita bertindak apa2. (asif, lupa ana surah berapa. ana akan cari balik ayatnya).

Sekian dan demikin, moga kita ambil yg mana jernihn buanglah yg mana keruh2 tu.Tegutran antunna buat ana amat ana harapkan. JAzakillah khair

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Usrah Online

Mujahidah sebenar..

Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban