Posts

Showing posts from April, 2025

Selangkah menghampiri kematian

Image
  Bismillahirahmanirrahim, tiada kata yang lebih indah daripada uncapan syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan umur untuk terus menghirup udaranya...usaha mencari langkah dan tingkah agar setiap gerak-geri sentiasa dapat memberi manfaat buat ummah ini...agar umur yang masih tersisa ini sentiasa diberkati dan diredhaNya. Ameen. Setiap hari Allah datangkan pelbagai perkara untuk aku selalu mensyukuri nikmat yang Allah berikan  Alhamdulillah, hari ni Allah izinkan untuk aku masuk ke fasa 40-an. Dari sudut pandang yang lain rupanya aku dah lalui 2/3 fasa hidup (jika dikira fasa hidup Rasulullah ). Lain benar rasanya kali ini bila menerima wish daripada keluarga dan kenalan. Seumpanya fasa 'menua' itu semakin dirasai. Betullah orang kata, bila hari lahir ni selangkah kita mendekati kematian. Ianya menjadi peringatan buat aku agar sentiasa bersedia membuat persediaan untuk ke sana nanti.  Bersediakah aku? Fikir dan usahakan ke arah itu.. Sejak ...

Aku telah kembali

Subhanallah, pejam celik rupanya hampir 15 tahun blogs ini tercipta dan pelbagai nukilan telah tercatat di ruang blogs ini. Pertama-tamanya ucapan terima kasih diberikan kepada semua pembaca yang sudi membaca hasil penulisan dan perkongsian ini walaupun bertemu blogs ini secara sengaja atau tidak sengaja.  Banyak yang telah aku lalui sepanjang 15 tahun kebelakangan ini. Dari zaman belajar, alam perkahwinan sehinggalah bekerja sebagai Dr. Vet ketika ini. Terlalui banyak sehingga rasa perlu dikupas satu per satu setiap fasa dan transisi kehidupan ini.  Doakan aku dapat kembali mencoret kisah suka, duka, pahit, getir kehidupan dunia ini agar apa sahaja yang tercoret ini menjadi saham di akhirat sana. Andai ada cadangan, teguran dan pandangan untuk aku menambahbaik mohon dimaklumkan di ruang komen atau email sahaja terus ke vetgirlz85@gmail.com.  Sekian dulu buat masa ini. Aku ambil dulu konsep sampaikanlah walaupun satu ayat. Targetku kali ini coretkan apa sahaja walaupun se...