Aku telah kembali
Subhanallah, pejam celik rupanya hampir 15 tahun blogs ini tercipta dan pelbagai nukilan telah tercatat di ruang blogs ini. Pertama-tamanya ucapan terima kasih diberikan kepada semua pembaca yang sudi membaca hasil penulisan dan perkongsian ini walaupun bertemu blogs ini secara sengaja atau tidak sengaja.
Banyak yang telah aku lalui sepanjang 15 tahun kebelakangan ini. Dari zaman belajar, alam perkahwinan sehinggalah bekerja sebagai Dr. Vet ketika ini. Terlalui banyak sehingga rasa perlu dikupas satu per satu setiap fasa dan transisi kehidupan ini.
Doakan aku dapat kembali mencoret kisah suka, duka, pahit, getir kehidupan dunia ini agar apa sahaja yang tercoret ini menjadi saham di akhirat sana. Andai ada cadangan, teguran dan pandangan untuk aku menambahbaik mohon dimaklumkan di ruang komen atau email sahaja terus ke vetgirlz85@gmail.com.
Sekian dulu buat masa ini. Aku ambil dulu konsep sampaikanlah walaupun satu ayat. Targetku kali ini coretkan apa sahaja walaupun sedikit agar diri dan orang lain boleh mendapatkan manfaatnya. Aku akhiri penulisan ini dengan satu kata-kata daripada Jalaluddin Rumi yang aku catatkan semasa mendengar penyampaian Dai'e Izhar dalam podcastnya 'Be spoke' iaitu;
Dalami dan hayati bibit kata-kata ini kerana tidak semua ujian adalah musibah malah ujian diberikan untuk memperbaiki titik lemah seseorang agar berjaya dalam kehidupan dunia yang penuh rencah ini agar menjadi orang yang berjaya di akhirat sana. Jom sama-sama berjuang menjadi orang yang dapat memberi manfaat pada orang lain dengan apa sahaja yang berada pada diri kita.
Comments
Post a Comment