Posts

Showing posts from September, 2012

Mujahidah sebenar..

salam, ana kongsikan hasil nukilan seorang adik di iptho, batu pahat.. nur syahirah morsyid. moga bermanfaat.. "Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.” syeikhuna hasan Albanna “Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.” Jom kita imbas kenangan lama… JBagaimana kita tersadung dengan jalan tarbiyyah? Bagaimana kita mula jatuh cinta dengan ukhwah fillah? Bagaimana kita mula meninggalkan karat-karat jahiliyah? Semua itu adalah satu kenangan yang boleh menjadi daya tolak untuk terus melangkah. Kita masih melangkah walau kepenatan maha dahsyat menjengah. Kita masih melangkah kerana kecintaan serta kesyukuran dengan jalan yang telah merubah hidup kita dari segala aspek samada luaran dan dalaman. Fikrah, ruhiyya...

Membangkitkan iman

Oleh: Dr. Majdi al-Hilali Ramai orang yang bergiat di lapangan Islam pada masa ini teragak-agak dengan istilah "membangkitkan iman," padahal ianya perlu diberi keutamaan dalamobjektf tarbiah untuk membentuk keperibadian Islam. Ini adalah perkara yang baik di mana patut digalakkan dan diberi sokongan oleh semua orang. Kenapa tidak padahal umat pada dasarnya sedang dibelenggu dengan masalah iman. Masalah umat tidak akan dapat diperbaiki kecuali dengan iman; “Padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Ali-Imran: 139) Kita akan lakukan perbincangan tentang topic ini biarpun kita tidak bermula dengan makna iman; untuk kita perbaharui dan hidupkan iman di dalam hati kita. Namun untuk mendatangkan hasil yang diharap-harapkan dari kebangkitan iman, kita mesti sepakat tentang makna membangkitkan iman ini. Kerana ianya bukanlah menunaikan solat berjamaah di masjid semata-mata, s...