Posts

Showing posts from February, 2011

Tips Usrah Online

Usrah boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Kalau katakan anda tidak ada ramai pelajar di kampus masing-masing, usrah online boleh dilaksanakan. Namun perlu ada penambahbaikan untuk memastikan kesannya maksimum. Berikut dinyatakan beberapa tips yang boleh digarap bagi menjadikan usrah online ata offline lebih bermakna. Jadi apakah tips yang akan digunakan kalau anda melaksanakan usrah online (kalau offline juga, tips ini akan menambah nilai apa yang sedia ada)? Berikut ada beberapa tips: Siapkan handout sebelum usrah bermula. Mengapa? Kalau ada YM atau Skype yang menggangu, si anak usrah mampu lagi memberi perhatian. Kerana ada bahan yang sudah sedia. Siapkan soalan untuk dijawab oleh si mutarabbi (anak usrah). Soalan itu boleh diletakkan dalam handout  atau ditanyakan semasa perjalanan usrah.Untuk mengelakkan si anak usrah rasa bersalah, berikan soalan awal-awal atau berikan soalan yang mudah dahulu. Siapkan program atau  assisgment  selepas usrah. Ini akan meningka...

Mengapa perlu usrah?

Image
Begitulah antara dialog orang yang ada persepsi buruk tentang usrah. Namun apa beza dengan mendengar ceramah di internet atau menghadiri kelas agama? Tidak cukupkah? Perlu sangatkan usrah tersebut? Apatah lagi bagi pelajar yang sibuk dengan timbunan assigment di rumah. Bukankah boleh ditelaah sendiri bahan agama tersebut?  Saya cuba bawakan kerana bukanlah istilah ‘usrah’ yang penting. Bukan duduk berlima atau berenam yang penting. Yang lebih penting memahami asas usrah dan mengapa ia perlu dilaksanakan. Setelah faham, anda bisa menilai. Usrah bermaksud keluarga. Dalam bahasa Arab, ia diterjemahkan sebagai جنة ( junnah ) yang bermaksud perisai atau keluarga. Apa kaitan keluarga dan perisai? Keluarga merupakan perisai fizikal, intelek, emosi dan spirituil. Empat elemen ini perlu dijaga baik-baik agar tidak tersasar dari jalan kebenaran. Perisai fizikal Kalau keluarga biasa, si ayah akan memberi belanja untuk ke sekolah atau kalau anda ingin beli sesuatu. Ada nilai fizikal di situ...