Thursday, September 24, 2009

Kini kembali..

salam'alaik ukhtifillah,
  semalam,ana mendapat berita y sama.ukhti habibati kembali koma selepas asar.ana sempat berbual dgnnya.siapa sangka komanya lama kali ni,hampir 24jam.Allah sahaja yg tahu perasaan hati.tapi terus dikuatkan diri kerana ati perlu menguatkan ukht habibati..alhamdulillah,usaha berckap dgnnya semasa koma mberi respon positif.kembar ukht habibati sebagai perantara mjadi pengganti...rayu ana pada Allah tanpa putus moga ukht habibati sedar kembali dan doa para akhwat terus2an ana pinta.
  hampir 24jam,tiada kata yg ana dapat ungkapkan selain sujud syukur padaNya..ukht habibati sedar kembali.gagahkan diri memberi kabarannya di Yala sana..tiada yg kuharapkan hanya kesembuhan dan kekuatan pd ukht habibati utk terus bertahan menerima ujian cintaMu ini..

    Ya Allah,sungguh kami hambaMu yg hina lagi lemah.tiada siapa yg kuharapkan selainMu ya Allah.berilah kami kekuatan,berilah kami kekuatan,berilah kami kekuatan dan kesabaran saat menghadapi ujianmu.moga perginya tak selama2nya...amin.

Saturday, September 19, 2009

Bulan Ramadhan=Bulan Tarbiyah



salam'alaik..
     Ya Allah,saat ini kami sedang merasakan kemanisan cinta yg kau berikan pada kami.Ujian dan kepahitan bersulamkan cintaMu..ana baru sahaja dapat berita adik habibati ana sedang nazak.kecederaan dalaman yg teruk setelah sebulan bergelumang dgn makhluk Allah yg kita kena percaya,jin..namanya Hanbal.ana sempat mengenali 'dia'.sakit apa yg dirasa adik ana ini Allah sahaja yg tau.setiap kali mata terlelap,'dia' akan mengganggu dan mencederakan adik ana ni.memang sukar dipercaya,tp percayalah ukht..apa yg ana harapkan ketika ini,adik ana kuat semangatnya.Ana bangga dgn dia.ana bangga mempunyai seorg adik yg sanggup memenuhi kepentingan org lain even dirinya merana kesakitan.terguling2 sakit perut stlh akhwat menyuapkan dia mknan pedas.pantang minta tlg,pasti boleh aje..
    sepanjang ana mengenal dia,byk perkara2 yg Allah hadirkan sbg tarbiyah bt diri ini.Mungkin apa yg ana alami sukar dipercayai dan diterima dek otak..setelah mgenali adik habibati,kenal pula si hanbal tu..ana belajar cara mgubati serangan makhluk halus dr seorg akhwat.setiap kali si hanbal masuk dlm badan adik ana tiada laungan@teriakan seperti yg biasa kt dgr bila org histeria..adik ana masi mampu turut sama bacakan al-fatihah,ayat kursi dan muawizat bila dia tersedar dr serangan tu..kuatnya semangat adik ana melawan setiap cekikan,cengkaman shg sempat warning pada si hanbal jgn cuba cederakan ana dan para akhwat disekitar.biar dia shj yg rasa sakit tu..
     Ana yakin,saat ini even adik ana tgh kritikal ana pinta doa ukht sekalian sup dkuatkan diri adik ana melawn kesakitan2 itu.ana pinta ukht.solat hajat utknya..kita tak nak lihat mutiara yg hadir di UPM ni hilang begitu shj.byk lagi benda yg kita dapat belajar dr mutiara ini.dan byk lagi mutiara ini perlu lakukan di medan juangnya ini..
     Buat adik habibati,ingat pesan ana.jgn pernah mengalah,jgn pernah mengeluh.ana yakin kalau 3bulan ant dapat bertahan dlm pertarungan ni,takkan utk sehari pun ant tak mampu utk terus bertahan..ana xdpt membantu,ana xdapat merasakan kesakitan tu dik.tp cukuplah hati ini turut merasa sakit setiap kali mata ini melihat penderitaan mu..
    Ya Allah...Moga ini bukan ramadhan terakhir buat dirinya,juga bukan terakhit buat kami.Ya Allah,peliharalah dirinya.berilah kekuaatan padanya.sungguh kami lemah ya Allah.sesungguhnya kekuatan itu drMu.dariMu kami datang dan kepadaMu kami kembali..Amiin

Friday, September 18, 2009

Pemergianmu

Jam menunjukkan pukul 9.00a.m.Aku baru sahaja selesai menghadiri kelas Pak Sheikh. Subjek Pathology menjadi kegemaranku walaupun aku antara student yang asyik fail je. Setelah menaiki bas, aku turun di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

‘Eee, tak sabarnya nak blajar bahasa Arab. Arini tak salah ustaz nak ajar pasal fiil’, luahku ceria sambil melangkah menuju ke bangunan C.

Teringat kembali pada awal masuk ke kelas bahasa arab, aku sahaja student yang tak ada basic arab. Ustaz pulak cair je bila bercakap.Aku terngaga je tanda tak paham. Tapi atas sebab semangat untuk menguasai bahasa al-Quran ni aku abaikan segalanya. Lepas kelas pasti aku orangnya yang akan tahan ustaz supaya jangan pulang lagi. Aku akan tanya apa sahaja yang aku tak paham. Sejak dari itu aku menjadi tumpuan pertama ustaz bertanyakan jika ada apa-apa perkara yang studentnya tak paham.

Sebaik tiba di hadapan kelas terdengar suara lecturer sedang mengajar English.

‘Nape ada kelas lain pulak dalam kelas bahasa arab ni? Oh, baru pukul 9.45am. Awal lagi rupanya. Semangat betul aku arini. Kalau begitu baik aku duduk kat tangga dulu la. Lenguh pulak kaki ni berjalan dari bustop tadi, dah tu kena mendaki bangunan tiga tingkat ni pulak. Ustaz selagi tak pukul 10am. takkan datangnya’, ngomelku.

Aku duduk di atas tangga hujung bangunan Pujangga sambil menyeluk saku beg galasku.

‘Eh, ada 10 miss call la. Mesti aku tak perasan masa kelas tadi. Oh kak ngah rupanya. Erm, nape dia call pagi-pagi ni. Kalau takde hal penting takdenye dia nak call. Baik aku call dia balik’.

‘Assalamualaikum, nape ngah call tadi? Kakak ada kelas tadi. Tak perasan…’

‘Kakak, kakak balik umah sekarang. Balik sekarang.,.’ ujar kak ngah sambil teresak-esak. Aku mula rasa tak sedap hati.

‘Papa..papa dah tak de kakak. Papa accident pagi tadi. Kakak balik sekarang ye?’, sambungnya lagi.

Menyirap darahku sebaik mendengar kata-kata kak ngah. Dunia ni seperti jatuh menimpa diri. Aku seperti orang hilang akal. Tak tau perasaan apa yang patut diungkapkan.

‘Balik? Cam mana kakak nak balik? Kakak nak naik ape?’, aku mati akal.

‘Naik la bas ke ape ke ye. Kakak balik sekarang ye’, kak ngah cuba memujuk.

‘Erm..ok’, aku menjawab ringkas lalu mematikan talian. Tak sanggup menjawab panggilan itu lagi.

Kaki kuhayun menuruni tangga tanpa tujuan sambil air mata berderai membasahi pipi. Pandangan orang lain padaku tidakku hiraukan lagi.

‘Aku nak ke mana ni?Aku nak buat apa ni? Aini tolong fikir rasional’, aku cuba memujuk diri.

‘Haa, call akhwat. Mereka pasti akan membantu’, terlintas wajah-wajah akhwat seperjuangan yang susah senang sentiasa bersama.

‘Zila, angkat la telefon’, ngomelku lagi.

Setelah deringan tak dijawab terlintas pula untuk menelefon kak Nad.

‘Assalamualaikum, kak Nad. Papa dah tak der. Papa accident pagi tadi. Apa Aini patut buat sekarang? Kalau nak balik pun bas ke Kelantan mana ada dah. Camn ni akak?’, aku mengadu seperti anak kecil.

‘Aini, tenang ya ukht. Ok xpe, akak akan mintak kak Aisyah cari tiket flight. Aini tenang ye. Banyakkan istighfar dan sedekahkan al-Fatihah pada papa. Nanti akak call balik ok’, kak nad cuba menenangkanku sebolehnya.

Sifat keibuannya cukup menenangkan esakanku yang semakin menjadi-jadi. Aku mula boleh berfikir dengan baik. Aku mengambil bas ke fakultiku untuk mengambil motor yang ku parking berdekatan wad haiwan kesayangan.

Aku memecut laju motor kapcaiku itu. Fikiranku mula melayang dengan kenangan bersama papa. Papa, lelaki pendiam tetapi tegas yang ku mula kenal sejak mula hidupku di dunia ni. Kerana sifatnya, aku tak berapa rapat dengannya. Aku tak pandai berborak dengannya. Aku tak betul-betul mengenalinya. Cuma sejak ditarbiyah ni aku mula belajar mendekatinya, mengenalinya, cuba memahaminya. Tapi kini, aku sudah tiada peluang untuk mengenali siapa papa yang sebenar, merasa kasih sayang dalam diamnya. Aku dah tak dapat masak lauk kesukaannya lagi. Tak dapat melihat lagi dia pada waktu petang meluangkan masanya untuk membasuh kereta, menyiram pokok dilaman rumah.

‘Papa bagi grade A untuk sup ikan merah ni. Sedap cam mama masak. Pandai anak papa ni masak’, puji papa sambil menghirup sup yang masih panas.

‘Iye ke papa, terima kasih’, aku tersenyum bangga. Papa makan kenyang-kenyang tau. Susah-susah kakak masak lauk-lauk ni tapi papa selalu makan sikit je’, pujukku.

Tak pernah seumur hidupku papa bagi grade A untuk setiap masakanku. Biasanya papa akan bagi grade B dan C je. Papa pandai menjaga hatiku. Jika ada je lauk masakkku yang kurang masin, terlebih manis pasti akan ditegurnya melalui mama. Itu yang menyebabkan aku semangat untuk belajar memasak.

Ponnn…bunyi hon mematikan lamunaku. Aku hampir sahaja dilanggar kereta. Pecutanku semakin laju selaju air matuku menuju ke rumah sewa. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku menyauk apa sahaja pakaian yang ada tanpa berfikir panjang. Kak nad menungguku di luar rumah untuk menghantarku ke KLIA.

Tepat jam 5.30pm, aku tiba di airport Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Kesabaranku teruji setelah flight yang sepatutnya ku naiki pada pukul 1.30pm delay. Penantian untuk sampai ke rumah memang satu penyeksaan. Aku mengambil teksi menuju ke rumah. Jika nak diikutkan hati hendah sahaja aku terbang tapi otakku masih boleh berfikir waras..

Sebaik pemandu teksi menurunkanku di hadapan rumah jantungku mula berdegup kencang. Orang ramai mula memenuhi ruang rumahku. Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah, kulihat sekujur tubuh yang lengkap dibalut kain kafan berada di ruang tamu. Hanya wajahya sahaja yang dibuka. Mataku tidak berkelip melihat wajah itu. Tenang dan bahagia terpapar pada wajahnya. Tangisan di sekeliling dan mata yang memandang tidakku hiraukan lagi. Apa yang kutahu, aku mahu memeluk tubuh itu, mencium wajah itu.

Esakkanku semakin menjadi-jadi sebaik tubuh yang sudah tak bernyawa itu kupeluk erat seakan tidak mahuku lepaskannya. Mama datang menghampiriku sambil memeluk menenangkanku. Pelukannku bertukar pada mama sambil menangis tanpa lagu meluahkan segala kesedihan yang tersimpan di dalam hati ini.

‘Kakak,tenang ye sayang. Allah lebih menyayangi papa. Tak baik kita menangisi pemergiannya, mama mengusap belakangku lembut. Mama ingat lagi waktu kakak bagi tazkirah selepas kita solat maghrib bersama-sama dulu. Kakak ada sebut tentang satu ayat dalam al-Quran, “Setiap yang hidup itu pasti akan mati”. Kakak anak yang solehah kan?. Doa anak yang soleh salah satunya dapat menyelamatkan papa di sana. Kita kena banyak doakan untuk papa supaya papa tenang di sana nak. Jauh dari seksaan api nerakaNya dan berada bersama-sama orang-orang beriman.

‘Mama tinggalkan kakak kejap ye. Kakak nak sedekahkan bacaan yasin untuk papa’, uarku setelah esakkanku mula dapat dikawal.


Aku mencapai terjemahan al-Quran yang berada di dalam beg sandangku dan mula menyimpuh berdekatan wajah papa. Selawat kubacakan sambil berniat untuk disedekahkan kepada nabi Allah, keluarga baginda, para sahabatnya, papa yang telah tiada dan kepada seluruh muslimin muslimat. Yasin kubaca sayu sambil tersedu-sedu. Aku amati pengertiannya satu persatu.

“Sungguh, Kamilah yang menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kamilah yang mencatat apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka (tinggalkan). Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab yang jelas (Lauh Mahfuz)”. (36:12)

“Sehingga mereka tidak mampu membuat suatu wasiat dan mereka juga tidak dapat kembali kepada keluarganya. Lalu ditiuplah sangkakala, maka seketika itu mereka keluar dari kuburnya (dalam keadaan hidup), menuju kepada Tuhannya.(36:50-51).

“Sesungguhnya penghuni syurga pada hari tu bersenang-senang dalam kesibukan mereka. Mereka dan pasang-pasangannya berada dalam tempat yang teduh, bersandar di atas dipan-dipan. Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa saja yang mereka inginkan. Kepada mereka dikatakan,“Salam,” sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. (36:55-58).

‘Amiin..moga papa tenang dan bergembira di sana’, doaku di dalam hati.

Selesai solat jenazah, papa dibawa pergi menaiki van jenazah. Talkin dibacakan oleh imam Masjid Solehati sebagai peringatan kepada hamba-hambaNya yang masih hidup.

Sekembalinya aku dari tanah perkuburan Tok Kenali, aku mendapat panggilan dari Dr. Hizul.

‘Afwan, ana dapat berita ayah anti meninggal pagi tadi, betul ke? Cam mana boleh accident?

Iye, ana baru je balik dari kubur tadi. Dia selamat dikebumikan kul 6.30pm tadi. Papa terlanggar tiang lampu jalan waktu naik skuter sorang-sorang dalam pukul 8.30am tadi. Ada orang kata dia kena langgar, ada kata dia laju waktu kat selekoh jalan tu. Entah la banyak betul version ceritanya. Ana malas nak amik tau. Badan dia tercampak ke tiang lampu satu lagi. Doktor sahkan dia polytrauma. Tangan sebelah kanan dia agak bengkok waktu nak dikafankan. Ayah ana ada migrain. Maybe masa tu dia dah nazak. Malaikat maut tengah tarik nyawa dia. Yang paling ana geram ambulan pulak lambat. Padahal tak sampai 10 minit je HUSM tu dari tempat accident. Adik ana sempat sampai masa ayah ana tengah nyawa-nyawa ikan. Orang sekeliling tengok je, tak buat apa-apa. Sampaikan mak ana dari tempat keje dia pun sempat sampai tapi masa tu papa dah tak bernyawa dah’, luahku.

‘Sabar ukht, ye. Moga anti tabah menerima ujian Allah ni’, jawab Dr. Hizul ringkas tande member semangat padaku.

‘InsyaAllah, doa Dr dan ikhwah akhwat yang lain cukup menguatkan ana dengan ujian ni. Ana bersyukur ana kena face ujian ni setelah ana ditarbiyah. Kalau tidak ana tak tau apa tindakan ana. Ana belajar untuk banyak-banyak bersabar dan redha dengan ketentuan Allah ini. Pemergian papa membuatkan ana untuk terus kuat berada di jalan tarbiyah ini walaupun ianya berliku. Ana yakin keluarga ana akan mendapat sahamnya juga walaupun mereka masih lagi belum menjadi ikhwah wa akhwat. Mintak doa semua’, ujarku lagi.

Kini hampir setahun papa pergi meninggalkanku. Kadang-kadang tiap malamku bermimpikan papa. Malam pertama papa meninggalkanku,aku bermimpi bertemu papa di sebuah tempat yang sekelilingnya putih .Wajahnya sentiasa tersenyum dan memerhatikanku dari jauh. Aku hanya mampu menghulurkan tanganku tapi sukar mencapainya sambil menangis. Papa hanya senyum dan menggelengkan kepalanya tanda memujukku supaya jangan menangis lagi. Senyummannya seolah-olah menyatakan kebahagiannya di sana. InsyaAllah…

Papa, pemergianmu bukan satu kehilangan tapi satu pertemuan kekuatan dalam diriku untuk menghadapi hidup ini dengan tabah. Berhati-hati dalam setiap tindakan yang kulakukan supaya tiada satu pun perbuatanku menyumbang seksa padamu di sana. Aku akan cuba mengubah keluarga kita untuk mengamalkan islam secara menyeluruh dan terus bagi semangat pada mama untuk terus tabah hidup tanpamu disisinya.

Teringat kata-kata al-sheikh Hassan al-Banna, “Tarbiyah is not everything but life is nothing with it”. Tarbiyah banyak mengajarku untuk menghargai hidup ni. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana berjuta-juta hambaMu di muka bumi ini, Kau memilihku. RedhaMu kupinta dalam setiap langkahku. Jangan Kau pernah murka pada setiap kelemahan perbuataku. Moge Kami tetap istiqamah dalam mencari sedikit zarah cintaMu..Amiin.

TAMAT





Thursday, September 17, 2009

Kasihku pada makhluk ciptaan-Nya


alhamdulillah..sedar tak sedar ana dah nak masuk 5 hari ana kena jaga small animal ward.sedar tak sedar juga ramadhan semakin meninggalkan kita..sedih rasanya tak dapat betul2 merasai barakah ramadhan.minggu ni agak kelam kabut sket.duty ana setiap ari di ward..start masuk seawal 7a.m.kul 8-5pm kelas seperti biasa.7pm sambg duty di ward.biasanya dalam kul 10pm baru habis.
  keje di ward ni ada seronok dan sedihnya.ana ada 4 kes kena handle, 3 kucing,1 anjing.sumenya dgn penyakit yg tersendiri.ana ditempatkan di bahagian isolation.mostly patient2 ana ni critical and highly suspect with infectious disease.sebagai amanah,aa jlnkan keje2 di ward dgn penuh kasih sayang.pagi2 bercakap dgn dorg.sume dgn perangai tersendiri.ada yg garang,susah nak makan ubat.hadiah dia dr ana masa awal pertemuan kami,ana dapat cakaran manja dr dia.nama dia Mary.garang tapi comel..actually dia ada masalah nerve,agak xnampak.itu yg perangai 'pelik' semacam.ramai yg panggil Mary kucing 'gila'..xpatutkan?apa2 un ana dah mula sayang dia.makan pun dah selera skrg.hope daat buat sesuatu la dgn nerve dia tu..patient ana yg paling ana 'sayang',si Morwen..8month old dog.esok ana akn present case pasal dia..for sure banyak soalan yg akn membantai diri..aduhh,..ana perlu prepare.ni pun masuk blog jap utk luahkan apa yg ana rasa spj hampir seminggu mejaga dia..doggy ni ada problem bloody diarrhea,muntah2 n xselera mkn tiba2..alhamdulillha,prob diarrhea n muntah2 dah semakin improve.cuma selera je takde lagi.so,ana dgn penuh kasihnya setiap hari perlu menyup si mowen ni..at first,agak kekok dan takut kena gigit..cara nak suap doggy makan,kita pegang atas mulut dia.angkat ke atas,lower jaw turunkan ke bawah.makanan tu kita wat bulat2.suap makanan tu sampai ke hujung tekak dia..interestingkan..kalo xsakit jgn harap ana nak suap dia.adik ana pun ana xsuap cmni tau..
    Apa2 pun sejak menjaga si morwen ni ana amik masa muhasabah diri.berfikir apa yg berlaku.byk perkara yg terkadang kita tak suka tapi ada baiknya pada kita.sebagaimn yg dinyatakan dalam ayat Allah yg biasa kita dgr.ayat dan surah apa mintak antna cari.ana dah terloss memory jap..maklumlah byk nak kena fikir.diri sendiri pun tak sempat jaga..bila bercerita pada akhwat2 tersayang tentang cerita ana di ward,pelbagai reaksi muka ana nampak..hehe,akhwatku.iyelah dapat sorang yg budak vet.ader je cerita piggy and doggy yg ana bawakan pada mereka setiap kali balik ward dan ladang..biasalah,ada yg boleh terima,suka nak amik tau..ader juga yg geli geleman bila dengar ana sambut piggy masa dia diberanakkan.
      pengalaman yg tak dapat dilupakan.ye lah,sedar tak sedar lagi rupanya ana dah 6 tahun dgn vet ni.pengalaman dan ilmu ada.cuma dah2 final ni takut pulak rasa nak grade..masa utk meng'aply ilmu2 dan pengalaman tu di luar sana..stakat ni ana boleh bg masukan sekadarnya shj bila ada yg bertanyakan pasal pyakit kucingnya,pengurusan yg sepatutnya utk ladang kambingnya..ana asif pada ladand An-nur trading.skrg ni masih tak berani lagi nak bg masukkan.tambah pula tak berkesempatan nak ke perak sana..doakan la sau hari nanti dapat ke sana dan tlh ekonomi dakwah kita..huhu.asif..

Thursday, September 3, 2009

Hatiku MilikMu

"Ya Allah, kenapa terasa bagai diri ini seperti layang-layang. Tiada arah tujuan. Tiada rasa bertuhan.Kering sungguh hati ini. Di mana perginya peringatan2 yg disampai.Di mana perginya hati yg dulu mudah menangis mengingatiMu Tuhan.."
   Fenomena yg biasa @ pernah kita dengarkan apabila datang saatnya iman berada di bawah. Manusia tidak akan lari dr turun naiknya iman. Baru sebentar tadi mendapar message dr seorg akhwat yg mengadu kepenatan dengan kerja-kerja seharian.Teringat pula pada diri ini adakah ana juga begitu?Kadang-kadang pengaduan kita pada manusia itu lagi lebih dari pengaduan kita pada Allah. Adakah kita mengadu pada Dia saat2 menghadapi ujian yg org lain tak dapat membantu???
   Fikir2kanlah bersama..ana xmenyalahkan akhwat utk bercerita tentang kepenatannya. Memang lumrah manusia akan mencari seseorg utk berkongsi cerita. Moga pengaduan dan pengharapan kita pada Allah yg utama. Hati ini memperingatkan diri kerana telinga ini lebih dekat bicaranya dari kalian yg membacanya. Moga hati terus mekar mencari jawapan dalam persoalan hidup sehari-harian..wassalam
 

Tuesday, September 1, 2009

Aku bakal bergelar seorang Dr vet



Alhamdulillah,syukur tak terhingga atas segala limpahan nikmat Allah S.W.T kerana dgn-Nya ana kini bakal bergelar seorang Dr. vet kurang setahun lagi,InsyaAllah.bukan gelaran itu yg ana banggakan tapi kisah disebalik perjalanan hidup mencari ilmu Allah ni sangat mencabar diri. Ringkas apa yg boleh ana katakan di sini, even sesuatu itu pahit ditelan tp rupanya Allah nak memberi sesuatu yg manis dipenghujungnya..:)