Saturday, June 26, 2010

Ayat-ayat CintaNya

Salam'alaik,
Alhamdulillah, pagi ni terasa kenikmatan dalam sujud kepadanya.Alunan ayat-ayat cintaNya beralunan di udara sambil mengiringi tadabur ana pada ayat2 cintaNya itu. Entah kenapa hati ini sangat tertarik pada maksud ayat2Nya di dalam surah Fussilat ayat 30-36.

Sebelum ana meluahkan rasa hati ana pada ayat2 ini, ingin ana kongsikan bersama kalian apa yang ana dapat dari program Built Your Legacy (BYL 7) bersama Tuan Fazrul Ismail dari Total Success Resources. Syukur kerana berpeluang menyertai program training seperti ini kerana ia bukan sahaja membina diri malah mendekatkan lagi diri kita kepada Yang Khalik dalam masa yang sama membantu kita membina legacy (warisan).

Banyak sebenarnya yang ana nak kongsikan bersama kalian apa yang bestnya dalam program ni. Ia menyentuh mengenai P.I.E.S dan C.A.S.I.C.. Apa tu? Sabar2...ana explain roughly satu persatu ya.

P- Physical
I - Intelectual
E- Emotional
S- Spiritual

Mungkin kita biasa dengar program ESQ. Tetapi program seperti ini banyak menekankan elemen E dan S sahaja. Apa yang menarik, program bersama Tuan Fazrul ini menekankan keempat-empat elemen iaitu PIES melalui al-Fatihah. Oklah untuk lebih clear ana bagi contoh bagi setiap elemen ni dengan mengaitkannya dengan al-Fatihah.

P- Physical
Secara fizikalnya kita semua sudah biasa membaca al-fatihah. Even adik2 atau anak2 buah kita juga turut pandai dan sudah menghafaz pun 'umul kitab tu. Tidak di ragui lagi...tetapi adakah semua memahami maksudnya?

I-Intelectual
Mungkin semua orang pandai membaca al-fatihah. Ramai juga yang faham akan maksudnya mungkin kerana dia faham bahasa arab atau dia baca dari terjemahan al-Quran itu sendiri..tetapi ada apa2 perasaan tak setelah itu?

E-emotional 
Mungkin peringkat ini setengah orang bila membaca ayat2 di dalam surah pertama al-quran ini mempunyai pelbagai perasaan bila di baca satu persatu ayat berserta maksudnya. Mungkin ada merasakan tenang dengan nikmatnya malah takut dengan azabNya..tetapi adakah cukup sekadar perasaan itu?

S- Spiritual
Pada peringkat ini mungkin bukan mudah untuk semua orang mencapai sehingga peringkat S. kenapa ya? kerana sebelum mencapai S kita mesti mencapai E terlebih dahulu. S memerlukan E untuk mencapai tujuannya. Tapi adakah E dan S sudah cukup? Anda rasa bagaimana? Seperti yang ana tekankan seperti di atas, ia memerlukan gandingan 4 sahabat ni, PIES.

Apakah tanda seseorang tu mencapai peringkat S?

Ya, orang yang mencapai peringkat ini bukan sahaja merasa takut dan tenang malah mendatangkan satu perasaan 'zhupp' dalam hati. terasa ayat2Nya seperti satu teguran buat dirinya. Hatinya rasa terbuai dengan ayat2 cintaNya, rasa dakapan kasih cintaNya, dan apa sahaja perasaannya sukar untuk diungkapkan..ceewah. Asif, untuk peringkat ini ana xtau nak describe macamn..speechless tapi itulah ia..

Maka  hasil dari emosi ini maka terlahirlah amalan. Seseorang itu dengan sendirinya rasa nak berkongsi apa yang dialami dan difahaminya bersama orang lain. Tujuan akhir hidupnya adalah untuk bertemu Kekasih hatinya yang satu...Allah azza wajalla.
So, bila kalian sudah jelas tentang PIES ana nak sentuh sikit tentang CASIC. 

C- Connect
A- Acknowledge
S- Serve
I - Inquire
C- Choice
Ana nak sentuh satu je tentang connect. Bila seseorang sudah memahami al-fatihah melalui PIES maka mudah untuk kita merasakan connection pada Allah. Nak tahu lebih lanjut tentang CASIC? tunggu artikel seterusnya nanti..doakan.

So, boleh ana sambung semula apa yang ana nak sampaikan di awal penbuka bicara tadi? ana nak kongsikan ayat2 cintaNya. Mungkin sebelum ini ana tanpa sedar sudah mengaplikasikan PIES tu dalam diri dan ana nak kongsikan bersama kalian juga...

Satu pujukan dari Dia di kala tadabur ayat ini..

'Sesungguhnya orang2 yang berkata, Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat2 akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan kepadanya". (41: 30)

Erm, kesedihan yang melanda atau rasa resah atau juga rasa diri seakan tidak mampu diuji kini terasa betul2 dipujuk olehnya.Kalau kalian sedar ini antara contoh ayat Spiritual

'Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia'. (41:34)

Mungkin kalian pernah rasa tertipu atau sukar memaafkan kesalahan teman atas apa yang berlaku. So ayat ni membantu ana blajar untuk terus husnuzhan dan cuba buangkan rasa marah dalam diri. (contoh ayat Intelectual )

'Dan sifat2 yang baik itu tidak akan dianugerahan kecuali kepada orang2 yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang2 yang mempunyai keberuntungan yang besar (41: 35)

Apa lagi yang kita harapkan bila dengar ayat ni? Pasti kita akan bersabar. Even xsabar pun akan cuba untuk bersabar...(contoh ayat Emotional)

'Dan jika setan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui'. (41:36)

Satu lagi ujian yang pastinya bukan untuk melemahkan kita tapi menambahkan kedekatan kita padaNya. Kenapa perlu marah2 pada setan atas kesalahan yg kita lakukan? Setan sudahpun berjanji pada Dia untuk terus menggoda kita. Itu perlu kita akui. Tapi kita juga ada berjanji pada Dia seperti ayat 41:30 di atas td.So, sekuat mana godaan setan pada kita, sederas itulah kita berlari padaNya.(contoh ayat Physical)

Alhamdulillah, terasa tenang dan lega dapat luahkan apa yang terbuku di hati ni. Mungkin sukar untuk kalian pahami konsep PIES ni pada awalnya. Tapi cubalah baca penerangan ana berulang kali atau untuk lebih kepastian ana nak jemput antunna singgah ke website ni.

www.masterpies.com

selamat membaca!

Wednesday, June 23, 2010

Massage

To anyone who like to massage and want to know about massage. but, it's is important for u to know our body system throught this diagram. Let's check it out...





God created our body so well that he thought of even this. He made us walk so that we will always be pressing these pressure points and thus keeping these organs activated at all times.

So, keep walking...no more excuse after this naa..anyone can learn how to massage after they know this.

Saturday, June 19, 2010

Petua Mencuci Hati

Mungkin ramai dikalangan kita tidak menyedari atau tanpa sedar bahawa hati yg kita selalu dok bawa ni kotor sebenarnya. Mungkin juga ada antara kita yang sedar tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk membersihkan kotoran hati itu kembali. Gunakan clorox ke atau berus dengan sabun yang paling berkesan menanggal kesan degil? Tidak wahai sahibahku. Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah, jadikan hatiku bersih"

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci  hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan yg kita telah lakukan padanya.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu  kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah.
14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

By: Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Saturday, June 5, 2010

Erti Sebuah Perkahwinan

MENDIRIKAN RUMAH-TANGGA SAHAJA MUNGKIN SENANG TETAPI MEMASTIKAN IA KUKUH BERDIRI SEHINGGA AKHIR ZAMAN DAN MEMENUHI FUNGSINYA, MEMERLUKAN PENGORBANAN, PENYELENGGARAAN DAN PERENCANAAN YANG BAIK.KEKUKUHAN RUMAH TANGGA BUKAN SAJA BERDASARKAN BERAPA BANYAK ROS YANG DIBERI, ATAU ' CANDLE LIGHT DINNER' ATAU UNGKAPAN KATA-KATA,' AKU CINTA PADAMU' YANG DILUAHKAN, TETAPI APA YANG LEBIH PENTING IALAH KOMITMEN YANG TINGGI DARI KEDUA PIHAK SUAMI DAN ISTERI TERUTAMANYA UNTUK MEMASTIKAN KEWUJUDAN UNIT KELUARGA BIMBINGAN MEREKA MENINGGALKAN KESAN POSITIF KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA.
Namun saya tidak menafikan bahawa dalam membina keeratan dan kehangatan hubungan suami isteri, perkara yang disebutkan diatas itu juga amat penting.Saya ingin membawa anda kepada kefahaman yang lebih tinggi mengenai jodoh perkahwinan. Pernahkah anda terfikir, mengapalah jatuh hati dengan si dia dan mengapa anda berakhir sebagai suami isteri?. Atau mungkin ada di antara anda yang bercinta dengan orang lain tetapi berakhir dengan orang lain. Ya memang perit, namun mengapakah ini berlaku di dalam hidup anda? Kadang-kadang itu tidak masuk akal mengapa kita memilih orang yang paling kita tidak suka, tetapi entah bila perasaan itu berubah menjadi paling disukai dan berakhir ke jinjang pelamin.
Adakah semua ini berlaku tanpa sebab? Atau terjadi begitu sahaja? Saya rasa tidak. Saya yakin, kita bersama pasangan kita kerana dialah yang paling sesuai untuk kita melalui perjalanan hidup ini dan membawa perbezaan ke dunia ini. Anda bersama, kerana ada sesuatu yang anda perlu lakukan bersama untuk manusia dan dunia.Sekiranya anda ditakdirkan berpisah hidup atau mati pula kerana disitulah berakhirnya tugas anda bersama dan yang tinggal perlu melaksanakan mungkindengan pasangan lain atau sendirian. Semua berlaku di dunia ini bukan tanpa sebab!
Cuba anda amati pasangan anda. Tentu anda dapati kebanyakkan kekuatan dirinya adalah kelemahan diri anda dan juga di sebaliknya. Bersama anda berdua memperkuatkan dan melindungi satu sama lain seperti pakaian ke atas satu sama lain. Percantuman dua diri ini akan memperlengkapkan satu sama lain dan membawa kunikan dan kebahagiaan kepada kedua-dua pihak.Seterusnya zuriat yang lahir, akan bersama mengembangkan fungsi keluarga ini kepada dunia. Tiada seorang manusia pun lahir dan hidup di dunia ini tanpa misi yang sepatut ia lakukan. 
KAYAKAN DIRI DENGAN ILMU
Dalam mencapai kebahagiaan keluarga, pasangan yang bijak akan berbincang bersama. Mereka akan berusaha memperkayakan diri dengan ilmu yang membolehkan mereka menjadi pemimpin yang bertanggungjawab. Mereka mengambil masa untuk menyelami perasaan dan keinginan masing-masing dam mencapai kata putus terhadap misi keluarga yang hendak dicapai.Kita selalu melihat pasangan yang bakal berkahwin mengambil masa yang banyak merancang hari perkahwinan mereka. Namun, tidak ramai yang merancang hidup berumah-tangga.
Persoalan seperti bagaimana corak pendidikan yang hendak diberi kepada anak-anak, Siapa yang akan mengasuh anak-anak? Apakah persediaan yang perlu untuk memberi ransangan mental, fizikal dan emosi bagi membina anak-anak seimbang? Berapa jumlah anak dan berapa tahun bezanya? Saya telah membawa anda begitu jauh dan dalam bagi mengenali maksud sebuah perkahwinan. Kadang-kadang saya melihat pasangan tidak memahami perkara ini.Si suami dengan halnya sendiri dan isteri dengan agenda sendiri.Anak- anak terpinggir dan kabur apakah maksud berkeluarga. Kemana perginya kepimpinan si ayah, ke mana menghilangnya perlindungan si ibu.
Kadangkala si ayah meletakkan segala tanggungjawab pengasuhan kepada ibu dengan alasan ayah perlu bekerja dan mencari wang. Apa yang lebih menghairankan si ibu pun perlu bekerja mencari wang. Tetapi segala tanggungjawab mengasuh perlu juga dia lakukan! Maka jadilah anak-anak ini tidak mempunyai role model lelaki dan corak pemikiran lelaki yang boleh diikuti dalam menangani masalah. Anak lelaki terutamanya menjadi kekurangan dengan pandangan dan pendidikan yang datang dari satu corak pemikiran sahaja. Kecuali bila keadaan tidak dapat dielakkan seperti ibu atau bapa tunggal.Keadaan seperti ini bukanlah satu model keluarga yang baik untuk di contohi.
Pendidikan dan pengasuhan anak-anak perlulah dilakukan bersama. Perbincangan demi perbincangan serta perencanaan mestilah dilakukan selalu.Seperti di tempat kerja.Kemana hala tuju keluarga, apa yang hendak dicapai dalam jangka masa pendek, pertengahan dan jangka masa panjang, dari segi material, rohani dan jasmani.
HALA TUJU
Pengelibatan kedua-dua suami isteri dalam menentukan hala tuju keluarga adalah amat penting. Suami isteri yang berbincang dan bekerjasama menjalankan pelan-pelan yang telah di ditetapkan bersama akan merasakan kemanisan membina keluarga, tetapi tidak ramai suami isteri yang berbuat demikian. Mereka  melepaskan segalanya kepada keadaan. Hidup hari demi hari dan tiada rencana dan penyusunan. Apa yang hairannya bila memimpin organisasi perencanaannya begitu rapi. Tetapi organisasi keluarga di lepaskan kepada nasib! Mesejnya disini, suami isteri adalah pemimpin keluarga, janganlah melepaskan nasib keluarga kepada keadaan. Janganlah hidup berkeluarga hanya berdasarkan hari demi hari tanpa rancangan. Jadilah pro aktif dan susun, rancang dan peka kepada perkembangan dalam keluarga.
Bersedialah paling kurang lima tahun ke hadapan, bagi menghadapi apa jenis kemungkinan. Maksudnya sebelum berkahwin, fikirlah jenis pasangan yang bagaimana yang dikehendakki. Bila berkahwin fikirkan bagaimana perlu bersedia bila sudah mempunyai anak. Bila anak baru setahun, susun perencanaan bila anak sudah ke sekolahdan seterusnya. Pendek kata sentiasa berfikir ke hadapan dan bersedia untuk itu. Itulah maksud tawakal kepada Tuhan. Kita merencana dan berusaha dan Tuhanlah yang menentukan dan memakbulkan. Perlu difahami perkahwinan yang cemerlang membuahkan ketenangan jiwa yang membolehkan kita mencapai kecemerlangan dalam hidup. Maka jika hidup berumah-tangga kita masih belum sampai ke situ, berusahalah dan berdoalah. Jika masih belum, maka carilah ketenangan di dalam keributan itu.
DR ROZIETA SHAARI
PAKAR PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kenapa di haramkan memakan daging babi?

Salam'alaik, kali ini ana nak kongsikan bersama kalian kenapa daging babi haram dimakan?

Kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"  Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahasia."  Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.  Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

p/s: ana akan kongsikan gambar2 sewaktu lawatan ana ke ladang pig di tanjung sepat, banting

Friday, June 4, 2010

10 Jenis Tangis

salam'alaik, ana nak kongsikan kali ini tentang 10 jenis tangisan..mungkin kita antara kalangan yg suka mengis kerana pelbagai sebab dan juga keadaan..let's check it out!

Kata Ibnu Qayyim..

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An
Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan
sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan
meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa
ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut - Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah
jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki
itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 an moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di
hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi .a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan.
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu." 

wassalam
 

Tuesday, June 1, 2010

Kisah ganjil si penggali kubur

salam'alaik, ana nak kongsi satu lagi cerita.moga dapat jadi muhasabah buat diri...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.



Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.


Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"



Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"


Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.


Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.



Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"


Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.