Di manakah keadilan Allah

Sejak 2-3 hari ni pelbagai peristiwa yg menjadi tarbiyah buat diri ini. Walaupun sedih setelah  mendapat berita bahwa ana perlu extent 1 sem lagi, tapi ana merasakan ada manisnya di situ. Kata sahabiah, "sabar sikit je lagi". Tarbiyah langsung dr Dia menjadikan ana lebih memandang luas tentang konsep kehambaan pada-Nya. Pernah tak para sahabiah sekalian merasai perkara yg sama. Bagi ana untuk menjadi pilihan ALlah bukan senang tp apa yg penting target kita utk menjadi kekasihNya sentiasa ada dlm diri.

      Ana nak bawakan beberapa kisah menenai keadilan Allah. Sebelum tu nak ana tanyakan ada sahabiah sekalian, pernah kita mengungkap kata2 seperti.."Kenapalah aku sentiasa diuji macam ni?Apa salah aku?" atau kita pernah terdetik dalam diri, "Ya Allah, aku tak tertahan lagi dengan semua ini" atau juga kita pernah sehingga berdoa yg bergini, "Ya Allah, jika mati itu lebih baik buat diri ini maka matikanlah hambaMu ini"...nauzubillah. Kalau ada dianara kita pernah melakukan seperti cth di atas better lah utk cepat2mintak ampun pada NYa. Rasanya semua org sudah memahami kenapa Allah menguji kitakan? Allah menguji pada titik lemah kita utk menilai setakat mn iman kita padaNya dan dalam masa yg sama utk meng'up grade' level kita sebagai hambaNya..

      Sebelum tu ana nak bercerita apa yg berlaku pada hari ni. Sepanjang petang ni ana study di masjid dan seperti biasa ana ambil 'port' biasa ana utk mentelaah. Arini ujian bagi ana adalah ut melawan mengantuk dalam diri. Sempat ana menggosok siap baju utk pergi exam esok. Tiba2 datang seorg perempuan india muslim mengadu akan kesusahan hidupnya. Anak2 dan suaminya sedang mendapatkan rawatan keran penyakit TB @ Tuberculosis (batuk kering). mendengar ceritanya sayu ana rasakn dlm diri. Even byk dugaan dia hadapi sejak 3 tahun memeluk islam masih menguatkan dirinya utk terus bertahan. Ana membantu sekadar yg mampu. Sempat ana bertanya bagaimana boleh tersentuh dengan islam. Katanya, saya suka tengok org islam ramai2 datang solat tarawih..Subhnallah, hidayah itu datangnya dgn pelbagai cara. Semuanya bergantung pada diri utk berusaha @ tidak.

    Ana nak bawa kan kisah yg di kongsi oleh seorg akhwat pada ana tentang keadilan Allah.kalau tak salah  ceritanya bermula apabila ada seorg pemuda bertanyakan kepada gurunya "di manakah keadilan Allah". Maka gurunya meminta pemuda itu utk bertapa di sebuah sungai. Maka laksanalah pemuda ini dengan patuhnya.

     Ketika sedang duduk di tepi sungai itu, pemuda itu terlihat seorg pemuda sedang menunggang kudanya menuju ke seberang sungai sana utk singgah minum air. Setelah itu dia penunggang kuda itu beredar dari situ. Setelah beberapa minit datang pula seorg budak utk meminum air sungai itu juga. Sebelum budak itu beredar dia terjumpa kantung berisi duit yg ditinggalkan oleh penunggang itu dan membawa kantung itu pergi. selang beberapa saat datang pula seorg tua yg buta utk meminum air sungai itu juga. Sedang si tua itu minum, dtg penunggang kuda itu kembali mencari kantungnya yg tercicir di situ. Apabila melihat si tua di situ maka penunggang kuda itu menuduh si tua lah yg mengambil kantungnya. Apabila si tua yg tidak tahu menahu itu pun menafikan lah apa yg dituduh oleh penunggang kuda itu. tanpa berfikir panjang terus diapncungnya si tua itu tanpa belas kasihan.

    Penunggang kuda itu terus menuju ke dalam hutan supaya tidak diketahui oleh sesiapa. Sewaktu menunggang di dalam hutan itu, dia terlihat sekujur mayat terdampar di tepi pokok dan dalam beberapa saat datang org2 kampung mengerumun kudanya. Org2 kampung menuduh bahawa dia lah yg membunuh kerana dia seorg sahaja yg disuspek berkelian disekitar kawasan hutan ini. Tanpa sempat berhujah , akhirnya penunggang itupun dibunuh.

    Apabila di 'flash back' peristiwa ini dapatlah diketahui pemuda petapa sungai ini bahawa si tua yg buta ini masa mudanya pernah membunuh org dan si penunggang ini pernah mencuri duit di rumah keluarga budak itu. maka atas keadilan Allah mereka semua mendapatkan hak mereka kembali atas apa yg telah mereka kerjakan sebelum ini.

so, bagaimana pula dengan pembaca sekalian.Apa ibrah yg antunna dapat dr kisah ini?Hopefully kita dapat amik pengajaran dr kisah ini kan...Mungkin kekurangan, kesakitan @ penyeksaan yg kita hadapi sekarang mungkin kafarah dosa buat kita atas perkara yg kita buat masa muda2 dulu. Cuma fikir2kan...

p/s: doakan ana exam 24-25hb ini. ana nak buat yg terbaik!Aminn...

Comments

Popular posts from this blog

Mujahidah sebenar..

Erti Hidup Bertuhan (siri 2)

Ma Makna Al-Quran pada kalian?