Apa Cerr...ehik

salam'alaik ukhti fillah,

asif jiddan pada semua kerana sudah lama jari ni utk mencalit tinta dlm blog ni tapi kekeringan idea. mungkin juga kerana kesibukan dengan persiapan ana utk menghabiskan detik2 terakhir sebagai pelajar vet di UPM ni (insyaAllah...amin)..teringat kata seorg akhwat, aminkan aja kata2 akhwat iAllah itu doa buat kita.

Oklah,sikit tentang perkembangan ana sekarang. Alhamdulillah, tadi baru je lepas exam comprehensive (MCQ).Inilah exam penentu bg kami budak vet sebelum layak grade. sedikit la introduction ttg exam pelajar vet ni, mungkin berbeza sedikit dgn pelajar medic..ana xpasti,wallahu'alam..comprehensive exam ni terbahagi kepada bahagian. ana baru lepas esei n MCQ. sekarang tgh prepare utk 3 bahagian oral (pre-clinical, para-clinical n clinical).semuanya cover lecture dari ana 1st year lagi. Examiner kali ni katanya dr Taiwan n Netherland..Macam biasa ana dengar org2 berkata, itulah lumrah nak jd doktor. kena susah2 sikit. pasni keje senang..moga kata2 tu menjadi peringatan buat ana supaya xleka dengan dunia dan lari dr niat sebenar ana involve dlm dunia vet ni..byk cabaran dan ujian tp sumenya akan jd nikmat bila kita berfikir positif..doa sume amat ana harapkan utk terus tsabat.

Suka ana utk berkongsi juga pada semua, ana telahpun mendapat panggilan dr sebuah syrikat, Ar-raudhah Biotech Farm. Ana ada pergi briefing dan interview waktu syrkat tu dtg ke fak ana. Alhamdulliah, ana ditawarkan keje di sana. Pada pandangan ana, ini satu peluang pada diri ini utk aplikasikan ilmu dan tambahkan pengalaman sebanyak mungkin baik dari hal2 menguruskan kambing sehinggalah ke pengurusan sebuah syarikat. Ana nak gunakan kemahiran yg ada ni utk memjadi konsultan pada penternak2 di Malaysia ni dan ana takkan lupa impian ana utk buka bisnes satu hari nanti..doakan ya.Mungkin permulaannya adalah dr Ar-raudhah ni, siapa tahu..masukan dr sekalian akhwat amat ana alu2kan..

Lupa utk ana ceritakan serba-sedikit ttg farm ni.terletak di kuang dekat area sg buloh. farm ni bukan mcm farm2 yg biasa ana tengok. mereka dah mula gunakan bioteknologi tinggi dlm sistem breed kambing2 di sana seperti embryo transfusion (EM) dan artificial insemination (permanian beradas). Peluang utk ana mendapatkan pengalaman membuat surgery pun amat tinggi.

Oklah, ana undur diri dulu. mungkin blog ana ni tidak seperti blog2 lain yg banyak menyelitkan ibrah2 dr kisah sirah dan hadis @ sbgnya. Apa yg ana harapkan dr pengalaman ana yg baru sedikit ini dapat ana kongsikan bersama dengan yg lain. Ana baru sahaja menamatkan umur 24 tahun ana 6 hari yg lepas. kata seorg akhwat, umur 25tahun adalah permulaan kematangan seorg gadis melalui pengalaman2 yg bakal ditempuhinya. insyaAllah, azam ana tahun ni..apa sahaja ujian yg mendatang ana akan hadapi dengan tenang dan xmudah melatah seperti sebelumnya. fikir sebelum bertindak/ berkata2 kerana padah mulut, badan juga yg binasa.

Akhirul kalam. doakan ana ukhtifillah.Moga kita semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan rahim-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

Ma Makna Al-Quran pada kalian?

Mujahidah sebenar..

Erti Hidup Bertuhan (siri 2)