Posts

Showing posts from January, 2010

Jangan bertanya kenapa semua ini..

Image
salam'alaik akhwatfillah, Alhamdulillah,syukur tak terhingga atas nikmat Allah yang tak terhingga. walau badai ujian datang menghempas dan memukul diri ini tapi kesannya amat mendalam.kesakitan,ketenangan,kasih sayang dari dakapan cintaNya sukar diungkap dengan kata-kata. apa yang Dia datangkan pada diri ini bukan sia2.kenapa perlu bertanya "kenapa semua ini berlaku ya Allah?,kenapa dan kenapa semua ini?". wahai diriku tak perlu dipersoalkan akan semua yg Dia berikan. Datangnya semua ini bukan sia2.Tolong sayang,datangnya ia bukan sia2.Walau apa pun anggapan manusia pada apa yg berlaku tolong sayangku husnuzhan pada mereka.sungguh mereka tidak menetahui. Rasulullah s.a.w juga banyak halangannya ketika menyampaikan kebenaran tapi bagaimana tindakan baginda ketika itu. Sayangku, baginda masih mampu tersenyum dan terus mendoakan supaya umatnya dapat memahami dan menerima penyampaian baginda.'Sungguh,telah ada pada iri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu

Satu Pertemuan

Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.....“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini.. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya yang zikirnya menjadi penawar dirinya tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati.... Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi haf